February 22nd, 2012

Memang satu idea yang bijak untuk menggabungkan Adi Putra dan Izara Aishah untuk dijadikan cover majalah Media Hiburan Edisi Mac 2012. Kedua-duanya ada aura dan pengikut yang tersendiri. Adi Putra dengan populariti drama Tentang Dhia manakalah Izara dengan drama paling hangat sekarang ini, Vanilla Coklat.

adi putra dan izara aishah

Kalau anda seorang jejaka dan berminat untuk menackle Izara, lupakanlah sahaja hasrat itu. Melalui pembacaan Abang Nara, Izara mengakui yang dia sudah memiliki kekasih hati. Khabarnya mereka sudah lama bercinta sejak zaman sekolah lagi. Abang Nara faham kalau anda kecewa, siapa yang tak jatuh hati dengan kemanjaan yang ditunjukkan oleh Izara di dalam Vanilla Coklat.

Apa pun jangan lupa dapatkan naskhah Media Hiburan di kedai buku berhampiran anda sekiranya anda peminat Adi Putra ataupun Izara Aishah.

P.S: Potret haiwan yang super cute mute.


50 responses to “Adi Putra Dan Izara Aishah Hiasi Majalah Media Hiburan Mac 2012”

  1. melody says:

    salam…sebaiknya x pyh ler nk pegang2 kalau nk bergambar…sentuh laki pompuan yg bkn muhrim kn haram, berdosa……
    x pegang pon tetap cantik….
    sah ke mndi wajib si adi putra? rambut dh x mcm org melayu….dh mcm bulu dog agayanya….kalau rambut hitam kn lg hensem

  2. beta draconis says:

    menolak adegan berkemban..tapi tak menolak utk memeluk orang..

  3. hehehe says:

    sweet btl gambar nie…aku sk…lantak la pe org nak kt tp mmg nampak sweet…

  4. JEJARI KONTOT says:

    SEBELUM MENGHENTAM,SELIDIK DULU DOHHH! ADI KALER RAMBUT UTK KL GENGSTER 2.BKN DIA SEJE² SUKA NAK KALER BLONDE.BODOH GILER

    • benci bapok says:

      wei jejari kontot, yg ko emo lebih2 ni pehal?? aku cume cakap aku x suke warna rambut die je. tu pon salah ke. kecoh la bapok ni.

    • olala says:

      Adekah komitmen die pade kl gangster lagi ebat dari komitmen die kepada Allah? Kaler rambut tak sah wuduk wahai cik Jejari Kontot. Jangan pura2 tutup sebelah mata bab2 camni. Adekah die dibolehkan qada solat die sbb berlakon KL gangster? Fikir2kan. Peace.

  5. tak suke rambut celup says:

    elok2 rambut hitam dah celup ngan warna pelik2. haih

Loading...