Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Adele Dan Foo Fighters Menang Besar Di Grammy Awards ke-54

Acara penghargaan terunggul bagi pengkarya muzik, Grammy Awards ke-54 baru saja berlangsung di  Staples Center, Los Angeles, malam minggu, 12 Februari 2012 waktu tempatan. Penyanyi Inggeris, Adele menjadi bintang malam itu dengan meraih enam penghargaan, termasuk Record Of The Year, Album Of The Year, Song Of The Year, Best Pop Solo Performance, Best Pop Vocal Album, dan Best Short Form Music Video.
Saat menerima penghargaan Album Of The Year di atas pentas, penyanyi berusia 23 tahun ini tampak tidak berupaya menahan tangis dan sukar berbicara. Adele memberitahu seperti dipetik dari laman Reuters:-

Rakaman ini berinspirasi sesuatu yang benar-benar normal dan semua orang mengalaminya.

Advertisement

Selain Adele, Foo Fighters juga menjadi salah satu juara malam itu dengan membawa pulang lima anugerah, termasuk Best Rock Performance dengan lagu ‘Walk’. Ujar vokalis Foo Fighters Dave Grohl:-

Ini adalah penghormatan besar kerana rakaman ini adalah rakaman istimewa bagi band kami. Kami tidak pergi ke studio terbaik, kami hanya membuat rakaman di garaj rumah saya dengan beberapa mikrofon dan mesin perakam.

Sementara itu penyanyi muda Taylor Swift pula menggondol anugerah Grammy untuk kategori Best Country Solo Performance dan Best Country Song untuk lagu ‘Mean’. Penyanyi rap Nicki Minaj yang sebelumnya diberi anugerah kategori Best New Artist pulang dengan tangan hampa setelah anugerah tersebut diraih band indie beraliran folk, Bon Iver.

Apa pun Jay-Z dan Kanye West yang memenangi Best Rap Performance dengan lagu ‘Otis’ tidak dapat  hadir untuk menerima anugerah.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. infinitibeauty

    February 14, 2012 at 10:27 am

    cantik mekap dia…i like

  2. shark

    February 14, 2012 at 9:44 am

    cam x caya jer umo dia 23..
    nmpk cam 40-an dh..

  3. kasut.biru.polka.dot.

    February 14, 2012 at 9:36 am

    Akhirat nanti dapat apa?

    • ade aku kesah

      February 14, 2012 at 10:31 am

      ckp org je..ko dpt ape akhirat nanti?

    • kasut.biru.polka.dot.

      February 14, 2012 at 1:22 pm

      at least i got something than nothing.

    • Naik Kereta Lembu

      February 15, 2012 at 12:48 pm

      kasut biru polka dot ni macam yakin je masuk syurga. jangan dik oi..Allah maha kuasa. anything can happen.

  4. sohoque

    February 14, 2012 at 9:31 am

    Dua2 peberet aku, adele n foo fighter

  5. sederhana

    February 14, 2012 at 9:30 am

    i love Adele…

    • izzah bkn nama sebenar

      February 14, 2012 at 10:18 am

      aku pong suke gak..One of the best vocal ever!!Luv u Adele

    • Aku rasa mcm nak tampar jer budak gemuk dlm rancangan Jangan Tidur Lagi tuh

      February 14, 2012 at 10:25 am

      Aku tak minat filem Antoo Fighter..

    • Selitone

      February 14, 2012 at 1:02 pm

      “You dont come here and fight..! u come to my show and dance” kata Dave Grohl sewaktu menghalau penonton yang bergaduh dalam konsertnya.

      P/S: Aku minat Nirvana kerana Cobin. Aku minat Wings kerana Joe dan Eddie. Aku minat Queen kerana Freddie mercury. Foo fighter? err… tak minat.

    • Bon Iver selamanya! Nick Minaj? Gimam.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama