Acara penghargaan terunggul bagi pengkarya muzik, Grammy Awards ke-54 baru saja berlangsung di Staples Center, Los Angeles, malam minggu, 12 Februari 2012 waktu tempatan. Penyanyi Inggeris, Adele menjadi bintang malam itu dengan meraih enam penghargaan, termasuk Record Of The Year, Album Of The Year, Song Of The Year, Best Pop Solo Performance, Best Pop Vocal Album, dan Best Short Form Music Video.
Saat menerima penghargaan Album Of The Year di atas pentas, penyanyi berusia 23 tahun ini tampak tidak berupaya menahan tangis dan sukar berbicara. Adele memberitahu seperti dipetik dari laman Reuters:-
Rakaman ini berinspirasi sesuatu yang benar-benar normal dan semua orang mengalaminya.
Selain Adele, Foo Fighters juga menjadi salah satu juara malam itu dengan membawa pulang lima anugerah, termasuk Best Rock Performance dengan lagu ‘Walk’. Ujar vokalis Foo Fighters Dave Grohl:-
Ini adalah penghormatan besar kerana rakaman ini adalah rakaman istimewa bagi band kami. Kami tidak pergi ke studio terbaik, kami hanya membuat rakaman di garaj rumah saya dengan beberapa mikrofon dan mesin perakam.
Sementara itu penyanyi muda Taylor Swift pula menggondol anugerah Grammy untuk kategori Best Country Solo Performance dan Best Country Song untuk lagu ‘Mean’. Penyanyi rap Nicki Minaj yang sebelumnya diberi anugerah kategori Best New Artist pulang dengan tangan hampa setelah anugerah tersebut diraih band indie beraliran folk, Bon Iver.
Apa pun Jay-Z dan Kanye West yang memenangi Best Rap Performance dengan lagu ‘Otis’ tidak dapat  hadir untuk menerima anugerah.