Tahukah anda filem Aku Terima Nikahnya sudah pun mengutip RM1.3 juta? Ini satu angka yang sangat memberangsangkan. Pastinya lakonan romantis hebat antara Ady Putra dan Nora Danish menjadi penyumbang kepada jumlah kutipan ini.
Bercakap mengenai adegan romantik di dalam filem ini, Ady Putra menganggap ianya adalah satu tanggungjawab kepada dirinya untuk melakonkan babak tersebut dengan baik. Kata Ady Putra kepada Kosmo.
Saya melihat ia (adegan romantik) sebagai satu keperluan cerita dan sudah menjadi tanggungjawab buat saya melaksanakannya dengan baik. Malah, salah satu sebab saya menerima tawaran berlakon dalam filem ini juga adalah kerana jalan cerita romantiknya yang lain daripada lain.
Sebagai seorang pelakon, nampaknya Ady Putra memang betul-betul menghayati watak yang diberikan. Apa pun yang penting, cinta lokasi antara Nora Danish dan dirinya tidak pernah timbul. Malah isteri Ady Putra memahami tugasnya sebagai seorang pelakon.
Apabila berlakon dalam filem ini semua pihak terutamanya isteri faham dengan watak yang dibawakan dan saya sekadar menjalankan tugas sebagai pelakon. Jadi, tidak timbul sebarang isu termasuk membabitkan cinta di lokasi
Buat yang masih belum menonton, sila segera ke pawagam kerana minggu ini ialah minggu terakhir tayangan. Jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi romantis antara Ady Putra dan Nora Danish. Pasti anda akan teruja!!!
P.S: Potrait ikon popular daripada manusia.