Adegan ‘Panas’ Vanidah Imran & Faizal Hussein Dikecam Netizen, Erma Fatima Tampil Beri Respon – “Apa Yang Saya Nak Sampaikan Orang Tak Nampak..”

Hiburan

Adegan ‘Panas’ Vanidah Imran & Faizal Hussein Dikecam Netizen, Erma Fatima Tampil Beri Respon – “Apa Yang Saya Nak Sampaikan Orang Tak Nampak..”

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai adegan hangat melibatkan dua pelakon terkenal iaitu Vanidah Imran dan Faizal Hussein, dalam drama Bidaah yang disiarkan di sebuah platform penstriman.

Rata-rata netizen mendakwa babak tersebut seakan-akan menyelitkan elemen lucah yang dibimbangi dapat memberi persepsi buruk terhadap agama Islam.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Susulan itu, selaku penulis skrip dan penerbit karya tersebut, Erma Fatima tampil memberi respon dengan mengatakan bahawa dia sentiasa berlapang dada dan menerima komen serta kecaman daripada penonton.

Sedia terima kritikan

Walaupun drama itu bukan arahannya, namun sebagai penulis skrip, dia bersedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak.

erma fatimaSumber : NST 

 

Saya dah biasa, saya dah selalu kena. Apa yang saya nak sampaikan orang ramai tak nampak sebaliknya dijadikan isu oleh mereka.

 

Bila saya tahu ada adegan itu di set, saya sebagai penulis skrip dan penerbit dah bersedia akan tempiasnya. Saya faham dan saya terima walaupun itu bukan arahan saya.

 

Seperti sebelum ini drama Perempuan Itu, saya bukan pengarah tapi saya juga yang kena. Saya terima kerana akhirnya drama itu diterima ramai.

Tiada niat burukkan Islam

Menurut Mstar, Erma turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk memburukkan nama baik Islam, namun ingin memberikan pengajaran kepada orang ramai agar berhati-hati dalam mencari ilmu agama.

erma fatimaSumber : NST 

Kata Erma, Bidaah tidak diambil daripada mana-mana kisah ajaran sesat sebaliknya dari pengalaman peribadinya sendiri.

Kenapa bila isu ini ditimbulkan dalam drama tak boleh terima? Perkara ni dah banyak berlaku di luar sana. Saya tahu isu ini tabu dan menakutkan sehingga takut nak mengakuinya.

 

Saya bukan nak jatuhkan Islam, hanya beritahu orang di luar sana untuk cari agama kena ada ilmu bukan dengan memb*bi buta taksub.

 

Tapi saya juga tak halalkan lakonan itu dalam hukum Islam, kerana aurat bersentuhan itu memang haram saya tak nafikannya.

Selain Bidaah, drama Keluarga Itu yang kini ditayangkan di TV3 juga mendapat kritikan ramai kerana ada yang berpendapat ia tidak sesuai ditayangkan pada bulan Ramadan.

Namun, Erma memberitahu dia hanya mengikut keputusan pihak stesen TV kerana perkara itu di luar kawalannya.

vanidah imran faizal hussein babak panas
1 day ago

Babak 'Panas' Vanidah Imran Main Janggut Faizal Hussein Dikritik - "Semakin Berani Drama Melayu Sekarang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...