Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adegan ‘Mesra’ Zul Ariffin Dan Intan Najuwa Tiada Dalam Skrip – Pengarah ‘Setelah Ku Dimiliki’

gambar mesra zul ariffin dan intan najuwa tiada dalam skrip

Kalau sesiapa yang sedang menyaksikan drama ‘Setelah Ku Dimiliki’ yang kini ditayangkan di slot Akasia, pasti anda dapat lihat kemesraan teraju utamanya iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa.

Kelmarin, tular beberapa gambar mesra kedua-dua pelakon tersebut. Gambar mereka yang berdakapan dan berpelukan mesra di dalam laut telah menimbulkan tanda tanya netizen.

Advertisement

gambar mesra zul ariffin dan intan najuwa tiada dalam skrip

Walaubagaimanapun, pengarah drama itu sendiri iaitu Osman Ali meluahkan rasa terkejut dengan penularan gambar mesra tersebut. Pengarah terkenal ini turut menafikan bahawa aksi itu dilakukan sebagai gimik untuk menaikkan rating naskhah tersebut,

Saya sangat terkejut dengan penularan gambar berkenaan.

Saya berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan dan tanggungjawab pengarahan untuk montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah, Jai Nadxaman.

Apa pun, saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.

Dia juga menambah bahawa selepas mendapatkan kepastian daripada kesemua pihak yang terbabit di lokasi, tiada langsung penggambaran babak sedemikian dalam drama ‘Setelah Ku Miliki’.

gambar mesra zul ariffin dan intan najuwa tiada dalam skrip

Sementara itu, Jai mengakui dia sebenarnya melakukan dua versi penggambaran bagaimanapun kedua-dua tiada langsung menyelitkan adegan seperti dalam gambar yang tular.

Saya ‘shoot’ dua versi bagaimanapun babak masih sama iaitu hanya berlari berkejaran di tepi pantai. Saya terpaksa ‘shoot’ versi kedua kerana pantai versi pertama kurang menarik.

Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam ‘footage’ kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan.

Kedua-dua pelakon yang terlibat iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa tidak memberi apa-apa kenyataan rasmi mengenai gambar ‘mesra’ yang tular itu.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Kredit Foto : Instagram Funta.my

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. Cicak

    November 9, 2019 at 7:59 pm

    Huhuhu… agaknye mmg sje2 mndi. Bkn tgh shoting pn. Pastu mndi2 pelok bagai ingt org xprasan.

  2. asn

    November 9, 2019 at 1:12 pm

    Ku doakan putus tunang jela… perangai x elok

  3. Asn

    November 9, 2019 at 1:08 pm

    Intan tu xlawa mana pon, mr tunang cari lain jela perangai teruk camtu x rugi apa pon kalu putus… zul tu pon selalu jd perosak dlm relation [email protected] org lain , tgkla kehidupan dia sendiri ….itu doa drp netizen utk org2 camni

  4. Anonymous

    November 9, 2019 at 11:17 am

    Ku doakan kalian berdua mengambil nasihat Kami untuk melakukan perubahan lebih baik. Moga cantik Di dunia Dan pengakhiran tempat Kita cantik Di akhirat.

  5. Anonymous

    November 9, 2019 at 11:14 am

    Ku doakan kalian berdua mengambil nasihat Kami untuk melakukan perubahan lebih Naik. Moga cantik Di dunia Dan pengakhiran tempat Kita cantik Di akhirat.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top