November 8th, 2019

Kalau sesiapa yang sedang menyaksikan drama ‘Setelah Ku Dimiliki’ yang kini ditayangkan di slot Akasia, pasti anda dapat lihat kemesraan teraju utamanya iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa.

Kelmarin, tular beberapa gambar mesra kedua-dua pelakon tersebut. Gambar mereka yang berdakapan dan berpelukan mesra di dalam laut telah menimbulkan tanda tanya netizen.

gambar mesra zul ariffin dan intan najuwa tiada dalam skrip

Walaubagaimanapun, pengarah drama itu sendiri iaitu Osman Ali meluahkan rasa terkejut dengan penularan gambar mesra tersebut. Pengarah terkenal ini turut menafikan bahawa aksi itu dilakukan sebagai gimik untuk menaikkan rating naskhah tersebut,

Saya sangat terkejut dengan penularan gambar berkenaan.

Saya berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan dan tanggungjawab pengarahan untuk montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah, Jai Nadxaman.

Apa pun, saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.

Dia juga menambah bahawa selepas mendapatkan kepastian daripada kesemua pihak yang terbabit di lokasi, tiada langsung penggambaran babak sedemikian dalam drama ‘Setelah Ku Miliki’.

gambar mesra zul ariffin dan intan najuwa tiada dalam skrip

Sementara itu, Jai mengakui dia sebenarnya melakukan dua versi penggambaran bagaimanapun kedua-dua tiada langsung menyelitkan adegan seperti dalam gambar yang tular.

Saya ‘shoot’ dua versi bagaimanapun babak masih sama iaitu hanya berlari berkejaran di tepi pantai. Saya terpaksa ‘shoot’ versi kedua kerana pantai versi pertama kurang menarik.

Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam ‘footage’ kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan.

Kedua-dua pelakon yang terlibat iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa tidak memberi apa-apa kenyataan rasmi mengenai gambar ‘mesra’ yang tular itu.

Sumber: Harian Metro

Kredit Foto : Instagram Funta.my

23 responses to “Adegan ‘Mesra’ Zul Ariffin Dan Intan Najuwa Tiada Dalam Skrip – Pengarah ‘Setelah Ku Dimiliki’”

  1. Anonymous says:

    Aaauuummm

  2. malu tunang says:

    setuju..kalau aku jadi parents tunang dia, aku suruh anak aku putus tunang.. nampak sgt cheap & mencemarkan maruah anak aka tunangnya & keluarga.. walaupon just nak naikkan drama. murah…

  3. Antibwg says:

    Tahun 2019 sgt panas utk relation. Wait n see next…….

  4. Anonymous says:

    Kalau aku parents tunang dia, malunya lah. Bakal menantu tau diri artis, tapi still tak reti nak jaga batas lagi lagi dah tunang.

  5. hotsoup says:

    Mesti sikering ni horney hahaha……dah macam artis porno aja siIntan ni. Tunang tua dpt abang Zul yg sado ni mau tak rela curang. In hot soup la Intan kalau pengarah crew semua bilang tak tau pasal scene ni memang kau cari penyakit

Tinggalkan Komen Anda Di Sini