Written by Irsa | November 8th, 2019

Kalau sesiapa yang sedang menyaksikan drama ‘Setelah Ku Dimiliki’ yang kini ditayangkan di slot Akasia, pasti anda dapat lihat kemesraan teraju utamanya iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa.

Kelmarin, tular beberapa gambar mesra kedua-dua pelakon tersebut. Gambar mereka yang berdakapan dan berpelukan mesra di dalam laut telah menimbulkan tanda tanya netizen.

gambar mesra zul ariffin dan intan najuwa tiada dalam skrip

Walaubagaimanapun, pengarah drama itu sendiri iaitu Osman Ali meluahkan rasa terkejut dengan penularan gambar mesra tersebut. Pengarah terkenal ini turut menafikan bahawa aksi itu dilakukan sebagai gimik untuk menaikkan rating naskhah tersebut,

Saya sangat terkejut dengan penularan gambar berkenaan.

Saya berada di Kuala Lumpur kerana ada urusan dan tanggungjawab pengarahan untuk montaj berkenaan diserahkan kepada penolong pengarah, Jai Nadxaman.

Apa pun, saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.

Dia juga menambah bahawa selepas mendapatkan kepastian daripada kesemua pihak yang terbabit di lokasi, tiada langsung penggambaran babak sedemikian dalam drama ‘Setelah Ku Miliki’.

gambar mesra zul ariffin dan intan najuwa tiada dalam skrip

Sementara itu, Jai mengakui dia sebenarnya melakukan dua versi penggambaran bagaimanapun kedua-dua tiada langsung menyelitkan adegan seperti dalam gambar yang tular.

Saya ‘shoot’ dua versi bagaimanapun babak masih sama iaitu hanya berlari berkejaran di tepi pantai. Saya terpaksa ‘shoot’ versi kedua kerana pantai versi pertama kurang menarik.

Gambar mesra dalam laut itu tidak ada dalam ‘footage’ kamera kami dan saya tidak tahu apa-apa mengenai gambar berkenaan.

Kedua-dua pelakon yang terlibat iaitu Zul Ariffin dan Intan Najuwa tidak memberi apa-apa kenyataan rasmi mengenai gambar ‘mesra’ yang tular itu.

Sumber: Harian Metro

Kredit Foto : Instagram Funta.my

23 responses to Adegan ‘Mesra’ Zul Ariffin Dan Intan Najuwa Tiada Dalam Skrip – Pengarah ‘Setelah Ku Dimiliki’

  1. Ngok says:

    Ala pengarah pon kalau nak spice up kan citer nak naik kan rating agak2 laaa

  2. Anonymous says:

    kantoiiiii….abis la intan. selamat menjawab kat tunang.

  3. Anonymous says:

    panasssss panasssss

  4. ANONYMOUS says:

    intan tgh angau ngn bang jul ripin ke. Dugaan tunang mmg kuat. kalo iman lemah, mampuih la..Ke intan dah putus? ok gmbr2 tunang dh hide, tp cuma tggl 1 je. sian tunang dia

  5. Syuhada says:

    Aaaaaa sudahh…..abis tu ni ikut skrip mana? Bikin sendiri ka?????

  6. Anonymous says:

    ala pengarah pon samaa..tgk jela filem2 dia sblm ni

  7. Anonymous says:

    zul ripin takde taste la kalau syok kat intan.

  8. Anonymous says:

    Habis kantoi….yela tunang pun bukan cinta nak kaya nampak sgt….kalau off set zul ripun ni ajak kalau tak layah pun tak jadi. zul dah memang buaya sikudut ni pulak mcm gersang….semua lelaki barang free sapa tak nak

  9. Akak Peah says:

    Sapa yg snap gambaq nie..sapa yg viralkan..klau korg yg memandai wat scene sendiri..hmmm x tau lah..intan tunang org..zul pon mention nk kawen taun depan..tapi memasing mcm berahi sgt2..hishhh xtau lah..

  10. MakDatukkkkkk says:

    ada org snap dari jauh dorang tak perasan.tercabar tunang, intan ni miang jugak tak padan kecik. zul ni confirm kawin org asing so tak berapa nak kisah bukan tak biasa dia ni. kalau aku tunang aku sepak jek putus dari member sindir. nampak berahi.

  11. hotsoup says:

    Mesti sikering ni horney hahaha……dah macam artis porno aja siIntan ni. Tunang tua dpt abang Zul yg sado ni mau tak rela curang. In hot soup la Intan kalau pengarah crew semua bilang tak tau pasal scene ni memang kau cari penyakit

  12. Anonymous says:

    Kalau aku parents tunang dia, malunya lah. Bakal menantu tau diri artis, tapi still tak reti nak jaga batas lagi lagi dah tunang.

  13. Antibwg says:

    Tahun 2019 sgt panas utk relation. Wait n see next…….

  14. malu tunang says:

    setuju..kalau aku jadi parents tunang dia, aku suruh anak aku putus tunang.. nampak sgt cheap & mencemarkan maruah anak aka tunangnya & keluarga.. walaupon just nak naikkan drama. murah…

  15. Anonymous says:

    Aaauuummm

  16. Anonymous says:

    Ku doakan kalian berdua mengambil nasihat Kami untuk melakukan perubahan lebih Naik. Moga cantik Di dunia Dan pengakhiran tempat Kita cantik Di akhirat.

  17. Anonymous says:

    Ku doakan kalian berdua mengambil nasihat Kami untuk melakukan perubahan lebih baik. Moga cantik Di dunia Dan pengakhiran tempat Kita cantik Di akhirat.

  18. Asn says:

    Intan tu xlawa mana pon, mr tunang cari lain jela perangai teruk camtu x rugi apa pon kalu putus… zul tu pon selalu jd perosak dlm relation [email protected] org lain , tgkla kehidupan dia sendiri ….itu doa drp netizen utk org2 camni

  19. asn says:

    Ku doakan putus tunang jela… perangai x elok

  20. Cicak says:

    Huhuhu… agaknye mmg sje2 mndi. Bkn tgh shoting pn. Pastu mndi2 pelok bagai ingt org xprasan.

  21. Takut mati says:

    Realiti kehidupan artis.. Mcm ni hangpa kata rezki halal??

  22. maria says:

    Pengarah pon kalau nak naik kan rating agak2 laaa..Semoga ada garis panduan untuk artis dan aktor Malaysia. Semua drama di Malaysia ni artis dan aktor macam di Barat dah..Pada tunang Intan Najuwa fikir2 ler…

  23. Anonymous says:

    Hanya gosip jew,,abai kan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini