Adegan ‘Cium’ Fattah Amin-Janna Nick Tidak Wujud, Hanya Salah Faham – Michael Ang

Hiburan

Adegan ‘Cium’ Fattah Amin-Janna Nick Tidak Wujud, Hanya Salah Faham – Michael Ang

Sehari dua ini satu adegan yang memaparkan pelakon Fattah Amin dan Janna Nick sedang berciuman di set penggambaran Coffee Prince arahan Michael Ang telah menjadi viral.

Advertisement

Asalnya, adegan itu dirakamkan dan dimuat naik oleh pelakon seksi Fara Mendoza yang juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan satu gambar berciuman dengan seorang penyanyi ketika beraksi untuk sebuah video muzik ke akaun Instagramnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

mStar Online melaporkan, seorang jurukamera, Juo Azri menerusi Instagramnya pada Sabtu mendedahkan foto dan jarak sebenar kedudukan antara Janna dan Fattah ketika penggambaran berlangsung yang sebenarnya tidak berciuman.

Gambar yang menjadi kontroversi… ini pandangan daripada skrin kamera saya. Babak ini dibuat atas alasan untuk membuatkan Emma Maembong cemburu dan secara automatik menolak tawaran nenek Raykal (lakonan Fattah).

Juo Azri menambah yang babak itu hanya dibuat atas cadangan pihak Astro dan belum tentu disiarkan.

Sementara itu, pengarah drama Coffee Prince, Michael Ang, memberitahu yang dia tidak tahu adegan itu telah dirakamkan oleh Fara Mendoza:

Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.

Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.

Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang.

Malah adegan bercium sebenarnya tidak pernah wujud:

Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung.

Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.

Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya.

Michael juga memberitahu yang dia tidak akan membenarkan sesiapa merakamkan adegan dramanya ketika penggambaran di masa akan datang untuk mengelakkan salah faham dan spoiler:

Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran.

Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut.

Bagi penulis, Fara Mendoza yang pernah mengalami situasi serupa tidak sepatutnya memuat naik rakaman yang boleh menimbulkan salah faham sebegitu. Kasihan pula Janna Nick dan Fattah Amin dikecam bertubi-tubi sedangkan mereka bukan berciuman, hanya adegan itu diambil dari sudut yang menampakkan mereka seolah berciuman.

Jadi bolehlah berhenti kecam Janna dan Fattah kot, mereka tidak bersalah pun.  – beautifulnara.com

Sumber mStar Online: 1, 2

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...