Susulan daripada pekeliling baru yang dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mengarahkan agar adegan peluk dan cium didalam drama di televisyen di potong, timbul pula beberapa pihak mengkritik adegan panas yang dilakonkan oleh Ayda Jebat dan Zul Ariffin dalam drama M.A.I.D.
Babak tersebut menunjukkan Ayda Jebat dan Zul Ariffin baring rapat mengiring sambil tangan lelaki itu merangkul pinggang Ayda. Apabila Ayda cuba beralih, Zul segera menarik badannya sehingga tersentuh bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya.
Penonton rata-rata mempersoalkan mengapa babak seperti itu harus ditonjolkan dan menyifatkan  adegan berpelukan di atas katil amat tidak sesuai untuk dimainkan di kaca televisyen kerana ia mungkin boleh merosak minda anak muda kita.
Pada pendapat kami, meskipun Ayda Jebat dan Zul Ariffin memainkan watak sebagai suami isteri didalam drama araham Michael Ang itu, ia tidak memberikan mereka lampu hijau untuk beraksi sedemikian kerana mereka tetap tidak mempunyai ikatan yang sah.
Aksi tersebut sepatutnya dipotong sebelum ditayangkan kepada umum lebih-lebih lagi kita berada didalam bulan Ramadhan.
Apa-apa pun kita tunggu sahaja jawapan balas daripada pengarahnya mengenai isu tersebut. Nasib baiklah sudah ada pekeliling baru.