Pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila hadir ke majlis ulang tahun ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, kehadiran Bella ke majlis tersebut disambut meriah oleh keluarga Syed Saddiq.
Malah, keakraban yang terjalin di antara Bella dan keluarga Syed Saddiq jelas terpancar menerusi momen mesra yang sempat dirakam lensa kamera.
Video tersebut menjadi tular dan mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji hubungan erat antara kedua-dua belah pihak. Rata-rata netizen menganggap kehadiran Bella itu seolah-olah sudah menjadi sebahagian daripada keluarga ahli politik itu.
Bukan itu sahaja, ada juga pengguna media sosial yang menyifatkan Bella sebagai wanita yang beradab dan pandai membawa diri. Ini sekaligus membuatkan ramai yang mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jenjang pelamin.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini sering dikaitkan dengan Syed Saddiq selepas beberapa kali mereka dilihat menghadiri pelbagai acara bersama, termasuk momen pendakian Gunung Kinabalu serta sesi kemunculan di beberapa lokasi awam.
Kehadiran Bella ke majlis ulang tahun ibu Syed Saddiq ini sekali lagi menguatkan spekulasi dalam kalangan netizen mengenai hubungan mereka yang dikatakan semakin akrab. Namun sehingga kini, kedua-duanya belum membuat sebarang pengesahan rasmi mengenai status hubungan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.