Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penahanan beberapa individu-individu yang mempunyai gelaran Dato dan Dati yang dipercayai dalang disebalik sindiket Macau Scam.
Untuk makluman semua, Macau Scam ini adalah sejenis teknik penipuan yang sudah lama bergiat di Malaysia. Pelbagai jenis taktik yang digunakan, seperti “pembayaran cukai kastam” dan macam-macam lagi.
Ramai yang telah tertipu, dan jumlah wang yang ditipu oleh sindiket Macau Scam ini mencecah jutaan ringgit.
Beberapa minggu lepas, setelah penahanan beberap individu yang disyaki dalang disebalik Macau Scam ini, seorang individu yang bernama Addy Kanna disyaki melarikan diri dari setelah diikat jamin SPRM dengan hanya memanjat pagar belakang bangunan tersebut.
Dipercayai juga beliau dibantu beberapa individu dan dilarikan dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi. Namun, pihak polis telah memberi kenyataan bahawa individu yang telah melarikan diri adalah Goh Leong Yeong @ Alvin dan bukannya Addy Kanna.
Terkini, menurut Sinar Harian, polis telah membuat kenyataan rasmi bahawa dua individu yang ditahan SPRM hanya “macai” yang ditugaskan untuk menyediakan kemudahan komputer, telekomunikasi dan juga kediaman di Malaysia.
Pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjudian, penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan penipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam
Tambah kenyataan diatas lagi, kegiatan penipuan dalam talian di Malaysia tidak berkait dengan Addy Kanna dan Goh Leong Yeong @ Alvin.
Lebih menakutkan adalah apabila terdapat sindiket penipuan lain yang masih berleluasa.
Addy Kanna kini masih lagi ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.
Pastikan anda tidak mudah terpedaya dengan modus operandi sindiket penipuan seperti ini, dan yang paling penting, jangan berikan apa-apa maklumat peribadi anda melalui telefon.