Adaptasi Dari Novel Sebenar, Drama Lies Hidden In My Garden Papar Kisah Dua Wanita Berbeza Darjat

Branded

Adaptasi Dari Novel Sebenar, Drama Lies Hidden In My Garden Papar Kisah Dua Wanita Berbeza Darjat

Siapa yang tak seronok bila dapat pindah ke rumah baru kan? Tambah pula siap ada halaman belakang rumah dan ruang rumah yang besar. Bestnya! Eh, tapi kalau tiba-tiba terbau benda yang busuk macam mana pulak? Urgh!

Sama la macam nasib Joo Ran yang secara tak sengaja tercium bau busuk bila pertama kali sampai  ke rumah barunya. Haa, kalau anda masih curious apa sebenarnya yang min maksudkan ni? Meh kami share dengan anda kdrama terbaru dari Prime Video!

Drama Serial Thriller Terbaru, Papar Kisah Dua Wanita Berbeza

BN

Kalau anda nak tahu, laman penstriman video Malaysia iaitu Prime Video baru sahaja melancarkan siri K-drama eksklusif bertajuk “Lies Hidden In My Garden”. 

Kisah yang menampilkan dua wanita yang menjalani kehidupan berbeza iaitu Min Joo Ran, wanita dari golongan kaya yang berkahwin bersama Jae Ho, seorang doktor. Mereka hidup bahagia dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel dan pintar.  

Berbeza pula dengan kehidupan Chu Sang Eun. Hidupnya yang sering tertekan dengan masalah kewangan dan kekerasan rumah tangga melibatkan suaminya, Yoon Beom seorang karyawan di perusahaan farmasi yang sering memukulnya hampir setiap hari.

Pada suatu hari, kejadian yang paling tak terduga berlaku apabila Sang Eun menerima perkhabaran bahawa suaminya disahkan meninggal dunia. Uish, peliknya!

 

Tapi, bila min tengok previu drama ni nampak macam Joo Ran  macam tengah gali sesuatu je! Adakah dia dalang di sebalik kematian Yoon Beom? Apa kaitan pula dengan bau busuk yang dua wanita ni selalu hadapi? Makin suspens ni! 

Dibintangi Para Pelakon Ternama Dan Pengarah Twenty-Five Twenty-One

BN

Siapa yang layan K-drama mesti familiar dengan drama rating tinggi seperti Twenty-Five Twenty-One, The King: Eternal Monarch dan Search WWW kan? Haa, kalau anda nak tahu, semua drama ini diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Jung Ji Hyun  dengan drama Lies Hidden In My Garden. So, min pasti drama ni mesti sama hebat dengan drama Ji Hyun yang lain!

Lagi best, drama Serial Thriller di Prime Videos  ini menampilkan para pelakon hebat seperti Kim Tae Hee sebagai Moon Joon-Ran, Lim Ji-yeon sebagai Chu Sang-eun, Kim Sung-oh sebagai Park Jae-ho, Choi Jae-rim sebagai Kim Yoon-beom dan ramai lagi. Kalau anda nak tengok watak  Lim Ji Yeon sebagai wanita tanpa ekspresi, anda wajib tonton drama ni! 

Adakah  Rahsia Misteri Dapat Dibongkar Dalam Lies Hidden In My Garden?

BN

Apakah yang bakal berlaku terhadap Joon Ran dan Sang Eun apabila satu persatu kebenaran yang timbul serta rahsia di sebalik taman milik kediaman Joon Ran? Jom sama-sama saksikan dalam drama Lies Hidden In My Garden bermula 19 Jun 2023 di Prime Video!

Masih belum ada akaun Prime Video? Hanya dengan RM25 sahaja anda boleh binge-watch semua kdrama pilihan ada pada bila-bila masa dan di mana sahaja! Masih ragu-ragu lagi? Jangan risau gais! Anda juga boleh dapatkan akses percubaan secara PERCUMA selama 7 hari! Haa, layan K-drama sampai lebam! 

Tunggu apa lagi! Save the date dan jangan lupa langgan Prime Video sekarang! Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke  laman rasmi Prime Video.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...