Adam Shahz Tiada Niat Mahu Burukkan Nama JS Pictures

Hiburan

Adam Shahz Tiada Niat Mahu Burukkan Nama JS Pictures

Pelakon Adam Shahz mengakui yang dia tidak berniat mahu memburukkan mana-mana syarikat produksi termasuk JS Pictures susulan pendedahannya tentang syarikat produksi yang didakwa meneruskan penggambaran biarpun sebahagian kru positif COVID-19.

Adam Shahz JS Picture
3 years ago

Isu Syarikat Produksi Rahsiakan Penularan Kes COVID-19, Adam Shahz Mohon Maaf Pada JS Pictures

Advertisement

Menurut Adam, dia tidak menyebut nama syarikat produksi yang terlibat dengan perkara tersebut menerusi hantaran yang didedahkan dalam laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Saya mahu penggiat seni berjaga-jaga dengan SOP supaya industri kreatif tidak terkena tempias selepas bergelut selama lima bulan tidak dibenarkan bekerja.

Adam menegaskan yang dia mengeluarkan kenyataan mengenai apa yang berlaku dalam industri seni dan syarikat produksi milik pelakon Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo bukanlah pihak yang dimaksudkan.

Tambah Adam, mungkin ada segelintir pihak yang terasa dengan kenyataan tersebut namun secara jujurnya dia tidak tujukan kepada mana-mana pihak termasuk JS Pictures.

Adam turut memberitahu bahawa kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah supaya pihak produksi dapat berjaga-jaga kerana tidak mahu kembali merasakan kesakitan apabila tidak dapat bekerja.

Susulan itu, Adam bertindak memohon maaf secara terbuka khususnya kepada JS Pictures andai ada pihak yang terasa selain tidak mahu salah faham berlaku.

Adam Shahz

Sekiranya kenyataan ini membuatkan JS Pictures tidak senang hati, saya sekali lagi mohon maaf.

Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli bin Abdol Ghani turut memaklumkan bahawa apa yang berlaku hanyalah salah faham dan dia juga berharap agar tiada pihak lain yang cuba untuk mengeruhkan keadaan dan memanjangkan perkara itu.

Ujar Adam lagi, hantaran yang dikongsikannya itu dibuat sekadar untuk menyatakan pandangan sebagai petugas barisan hadapan yang pernah bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...