Adam Shahz Tak Sangka Jadi Duda Terlaris, Hampir Setiap Hari Dapat DM Ajak Kahwin – “Selama Jadi Duda, Orang Asyik Nak ‘Try'”

Hiburan

Adam Shahz Tak Sangka Jadi Duda Terlaris, Hampir Setiap Hari Dapat DM Ajak Kahwin – “Selama Jadi Duda, Orang Asyik Nak ‘Try'”

Pelakon Adam Shahz akui menerima banyak mesej di Instagram hampir setiap hari daripada ramai wanita tidak dikenalinya yang mahu berkenalan.

Malah, ada yang berani dan terus mengajaknya berkahwin dan mendakwa berjumpa dengan Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani di dalam mimpinya.

Advertisement

Selama menjadi duda dan bapa tunggal ini, saya tidak dipandang sinis tapi orang asyik nak ‘try’ (ngorat). Kalau tengok DM saya, memang banyak.

adam

Kata Adam ada kalanya dia tidak selesa untuk membalas mesej orang yang dikenalinya kerana takut wanita-wanita yang menantikan reply itu ternampak dirinya sedang ‘online’ di Instagram.

Ujar bapa kepada seorang anak itu lagi, dia terkejut kerana kebanyakan akaun Instagram yang menghantar mesej kepadanya itu adalah individu sebenar dan bukan pemilik akaun palsu.

Ada yang ajak saya nikah sebab bertemu dalam mimpi. Tak kurang juga, ada yang kata saya dan dia boleh jadi pasangan secocok kerana pengalaman kisah hidup kami sama.

adam shahz

Sementara itu, Adam akui mahu memberikan fokus kepada keluarga dan menjaga ibunya yang sedang sakit dan akui ada berkawan dengan wanita yang bukan dalam bidang seni.

Tambah Adam, meskipun tidak serik untuk mendirikan rumah tangga selepas yang pertama gagal, dia masih belum rasa bersedia dan memerlukan masa.

fatin adam
8 months ago

Adam Shahz Berlembut Hati Isu Hak Penjagaan Anak, Fatin Afeefa Punya Respon - "Hahaha Saya Pun...."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...