Adam Shahz Dedah 2 Bulan Tak Dapat ‘Contact’ Anak – “Kena Block Dengan Ex-Wife & Mak Mentua”

Hiburan

Adam Shahz Dedah 2 Bulan Tak Dapat ‘Contact’ Anak – “Kena Block Dengan Ex-Wife & Mak Mentua”

Pelakon, Adam Shahz mengakui enggan memanjangkan lagi kemelut yang melanda dirinya dan bekas isteri, Fatin Afeefa namun bersedia untuk menuntut kembali hak penjagaan anak perempuan, Ivy Herra Sophia di mahkamah.

Menerusi temu bual bersama Mstar, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani mendedahkan dia kini sudah hampir dua bulan tidak dapat berjumpa dan berhubung dengan anaknya.

Advertisement

Jelas pelakon berusia 41 tahun itu, dia telah disekat oleh bekas isteri dan ibu mentua namun enggan pergi ke kediaman mereka kerana khuatir muncul isu lain.

Kalau ikutkan saya dah tak berjumpa dan tak dapat contact dengan anak saya lebih kurang 1 bulan lebih, nak masuk 2 bulan dah pun.

Mak mentua saya sendiri block saya, mak kepada anak saya (Fatin Afeefa) pun block saya, jadi saya memang tak dapat nak berhubung dengan anak langsung.

Menurut Adam, dia langsung tidak mengetahui apa yang berlaku di sana dan meluahkan rasa rindu dan ingin berjumpa dengan anaknya.

Sebab saya selama ni memang rapat dengan anak, dia sendiri pun apa-apa dia akan call saya. Sekarang kami tak dapat berhubung.

Dalam pada itu, pelakon filem Juvana itu memaklumkan dia enggan merumitkan keadaan dan hanya mampu bersabar dan berserah kepada tuhan.

Semoga kita akan dapat satu sepakatan supaya rundingan ni akan lebih baik untuk kedua belah pihak. Saya tak kata saya betul, saya tak kata dia salah.

Terdahulu, Adam Shahz telah memberi amaran kepada Fatin Afeefa untuk hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam atas sebutan pertama tuntutan hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia pada 26 Januari 2023.

Adam Shahz dan Fatin Afeefa
2 years ago

"Sedia Bukti, Jangan Cakap Sedap Mulut" - Bakal Tuntut Hak Penjagaan Anak 26 Januari, Adam Shahz 'Warning' Fatin Afeefa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...