Alhamdulillah. Berita gembira untuk para peminat Adam AF dan Fiza Elite. Pasangan yang baru bercerai ini tidak enolak kemungkinan untuk rujuk semula. Untuk makluman, selepas berpisah, mereka berdua masih berhubung seperti biasa dan berkawan baik. Senang cerita, mereka tidak pernah bermusuhan selepas bercerai. Nampaknya masih ada sinar harapan untuk melihat kasih Adam dan Fiza bertaut kembali.
Berkata kepada Harian Metro hari ini, Fiza mengakui yang dia dan Adam masih menyayangi dan merindui antara satu sama lain. Kata Fiza:-
Saya tak menolak kalau betul ada jodoh, amin. Kami cuma berdoa sahaja. Senang cerita macam inilah, benda yang terjadi (penceraian) adalah disebabkan oleh keadaan yang kami pun tak tahu apa (sebenar) yang terjadi ketika itu. Tak ada perselisihan faham atau gaduh.
Antara kami masih berhubung dan selalu bertanya khabar. Hakikatnya sehingga sekarang kami masih lagi sayang dan rindu antara satu sama lain. Apa pun kami berserah kepada jodoh dan takdir.
Bukan nak kata saya atau Adam gila talak tapi kalau untuk yang baik (berkahwin semula), apa salahnya, bukan? Mungkin ada benda yang mengganggu perkahwinan kami, ada yang tak kena tapi tak apalah kami muhasabah diri sekarang dan lihat kesilapan masing-masing.
Sesungguhnya kalau Adam dan Fiza rujuk semula, pasti ia adalah satu berita gembira bukan untuk mereka tetapi untuk para peminat yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Semoga tempoh edah ini digunakan oleh Adam dan Fiza untuk menyedari betapa mendalamnya kasih sayang antara mereka. Harap-harap kelak akan ada pengakhiran yang terbaik untuk Fiza dan Adam. Sama-samalah kita doakan.