Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adam Eiman Ikut Jejak Langkah Bapa Masuk Industri Seni, Datuk Hattan Tak Mahu Anak Abai Pelajaran

Mengikuti jejak langkah bapanya iaitu Datuk Hattan, Adam Eiman difahamkan kini sedang aktif dalam dunia muzik.

Meskipun begitu, sebagai seorang bapa, Datuk Hattan meluahkan perasaan bahawa dia tidak mahu anak lelaki tunggalnya itu mengabaikan pelajaran meskipun sudah memasuki industri seni tempatan.

Advertisement

Menurut penyanyi Biso Bonar ini, Adam merupakan seorang anak yang cerdik dan sering memperoleh kejayaan cemerlang setiap kali peperiksaan.

View this post on Instagram

A post shared by ADAM E (@adameimann)

“Walaupun dia sudah menceburi dunia muzik tapi saya nak dia beri tumpuan pada pembelajaran meskipun aktif dalam dunia nyanyian. Dia memang seorang anak yang pandai sebab itu saya tak kisah apa yang dia nak buat.”

Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin,56, turut memberitahu yang anaknya itu seorang anak yang tidak suka keluar berfoya-foya atau melepak sebaliknya lebih suka duduk di rumah.

Menyifatkan Adam sebagai seorang anak yang tidak suka menyusahkan ibu-bapa, Hattan mendedahkan bahawa sehingga satu tahap dia sendiri menyuruh anaknya bergaul dengan kawan-kawan di luar.

View this post on Instagram

A post shared by ADAM E (@adameimann)

“Adam ni hanya dengan dunia dia dalam bilik studio buat lagu. Dia tak suka lepak. Sampaikan kadang-kadang saya yang suruh dia keluar berjumpa kawan. Boleh kata dia seorang anak yang tak menyusahkan. Pandai cari duit sendiri dengan menjual pakaian lamanya secara online.”

Advertisement

Untuk info, Adam Eiman Mohd Shukri merupakan anak lelaki tunggal hasil perkongsian perkahwinan Datuk Hattan dan isteri, Datin Arianie Mohd Abidin.

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. wan Mohd

    November 15, 2020 at 9:46 am

    suara macam bapak tak ?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top