Adam Corrie Cari Dana RM380,000 Demi Membantu Mualaf Menunaikan Umrah

Hiburan

Adam Corrie Cari Dana RM380,000 Demi Membantu Mualaf Menunaikan Umrah

Sebut sahaja nama Adam Corrie Lee,mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak. Kalau sebut sahaja Dragon pasti ramai yang akan ingat dengan lakonan beliau didalam filem KL Gangster  bukan?

Advertisement

Merupakan seorang mualaf, Adam dan isterinya Fazema Mohd Fuad kini sedang bergiat aktif mengadakan forum serta pelbagai program di masjid-masjid di Malaysia bagi mengumpul dana sebanyak RM 380,000 dalam usaha untuk membawa golongan mualaf lain menunaikan umrah sekitar bulan hadapan.

Alhamdulillah kita sudah mula projek ini sejak bulan Jun tahun lalu dan setakat ini kami sudah kumpul RM100,000 menerusi sumbangan orang perseorangan dan wang yang di kumpul dari tabung dana yang diedar selepas forum-forum di beberapa buah masjid.

Tapi itulah, memang belum mencukupi lagi tapi saya masih ikhtiar dan yakin bahawa Allah akan beri rezeki itu bila tiba masanya nanti.

Pada masa yang sama, Adam turut meluahkan rasa kecewa apabila pada awalnya ada pihak yang menabur pelbagai janji untuk menjadi penaja tetapi akhirnya lari dan mematikan telefon bimbit mereka ketika dihubungi olehnya.

Mula-mula memang ramai yang berjanji ingin bantu daripada segi sumbangan dana dan bila tiba masanya saya cuba hubungi gagal dan mereka matikan talian telefon.

Ada juga yang cuba mengelak apabila saya bertanya semula tentang janji mereka untuk sumbangan itu. Saya pun tidak mahu memaksa mereka beri sumbangan kerana biarlah ia dibuat secara ikhlas dan untuk ibadah. Saya dan isteri pun sekarang demam kerana sejak memulakan program ini kami tidak cukup tidur kerana fikirkan tentang dana yang perlu dicari.

Tidak mengapa Adam, walaupun ada penaja yang lari tetapi kami yakin rezeki Allah SWT itu ada dimana-mana dan niat anda untuk membantu golongan mualaf menjejakkan kaki ke Mekah. Semoga segala urusan tersebut berjalan dengan lancar. Amin..

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...