Adam AF Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

Hiburan

Adam AF Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

Penyanyi Adam AF atau kini lebih mahu dikenali sebagai Pangiran Adam memaklumkan bahawa dia masih membuka hatinya untuk terus menerima wanita lain dalam hidupnya.

BACA: “Ada Yang Saya Berkenan, Tapi Dia Tak Minat..” – Adam AF Akui Tak Trauma Untuk Berkahwin Lagi

Advertisement

walaupun sudah lima tahun bergelar duda, Adam memberitahu yang tiada istilah serik atau trauma baginya kerana semua itu adalah pengalaman hidup serta dia menyerahkan ketentuan jodoh di tangan tuhan.

Bukan saya tak nak berkeluarga. Umur pun sudah 38 tahun. Cuma ada yang saya berkenan, dia pula tak mahu dan begitu juga sebaliknya. Jadi kita tunggu saja jodoh yang tepat.

Tambah Adam, hatinya terus terbuka untuk menerima insan lain dalam hidupnya walaupun pernah mengalami pengalaman hubungan terputus di tengah jalan.

Sebagai rekod, Adam pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Abdul Halim pada September 2013 namun mereka bercerai pada April 2014.

Perkahwinan Adam dan Fiza tidak dikurniakan cahaya mata, bagaimanapun mereka masih bersahabat baik hingga kini.

Menurut Adam, mereka masih tetap berkawan kerana anak-anak Fiza pernah menjadi anaknya dahulu.

Adam AF

Ketika dia berkahwin semula, kami lost contact sekejap sebab rasanya tak manis untuk saya terus berhubung.

Namun, persahabatan mereka terjalin semula selepas Fiza kembali solo dan mereka kembali bertanya khabar serta mendengar cerita masing-masing.

Sekadar info, Adam kini terlibat dengan program realiti Hijrahkan Laguku yang turut menampilkan barisan penyanyi lain seperti Datuk Nash, Iwan Shahman, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...