Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Isu PTPTN Kembali Diperkatakan – “Teringat Berguling-Guling Dulu..”

Kehidupan

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Isu PTPTN Kembali Diperkatakan – “Teringat Berguling-Guling Dulu..”

Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang baharu susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Pelantikan itu menyaksikan jawatan berkenaan yang sebelum ini disandang oleh Datuk Ts Mustapha Sakmud kini bertukar tangan kepada Adam Adli, yang sebelum ini berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Advertisement

Susulan pengumuman tersebut, tumpuan warganet kembali terarah kepada Adam Adli apabila ruangan komen laporan berita Malaysia Gazette di Facebook dibanjiri maklum balas yang menyentuh isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), yang sering dikaitkan dengan beliau sebelum ini.

adam adli

Selain itu, dalam pengumuman sama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari, turut diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu, menggantikan Hannah Yeoh yang kini menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Rombakan Kabinet ini dilihat sebagai langkah penstrukturan semula bagi memperkukuh keberkesanan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih lancar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anwar ibrahim
2025-12-16 16:03:30

Menteri Wilayah Dan Menteri Agama Antara Yang Ditukar, Ini Senarai Terbaharu Anggota Kabinet Kerajaan Madani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...