“Adakala Umi Akan Tarik Tangan Awak Kasar” – Shakilla Khoriri Sedih Anak Jadi Mangsa Perceraian Dengan Fizi Ali

Hiburan

“Adakala Umi Akan Tarik Tangan Awak Kasar” – Shakilla Khoriri Sedih Anak Jadi Mangsa Perceraian Dengan Fizi Ali

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa sedih dan sebak di Instagram susulan isu perkahwinannya yang porak peranda bersama penyampai radio Fizi Ali telah menjejaskan kebahagiaan anaknya, Ameena Sofia.

Shakilla menulis panjang lebar di media sosialnya di mana dia menyedari kesilapan lalu itu telah mengubah gaya hidup Ameena, tidak seperti kanak-kanak seusianya yang lain.

Advertisement

Terpaksa menjadi dewasa sebelum usia

Kesilapan dan kesalahan umi yang buatkan awak tergelincir dalam perjalanan awak. Kehidupan awak serta merta berubah. Tak lagi sama macam kawan-kawan sebaya awak.

Awak terpaksa menjadi dewasa sebelum sampai waktunya. Awak terpaksa melalui jalan lain yang disebelah awak ada umi yang pastinya suatu perjalanan yang kurang menyeronokkan untuk awak.

Tulis Shakilla lagi, dia berjanji akan bersama Ameena di saat sukar dan senang selain sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan yang terbaik buat anak tunggalknya itu.

Awak sentiasa nombor satu dalam segala hal yang umi rancangkan. Awak sentiasa dalam apa jua kejadian. Tanpa ragu-ragu umi akan pilih awak walaupun umi terpaksa berkorban atau kehilangan.

Tak akan merampas kebahagiaan anak

Di akhir penulisan, Shakilla memohon masa untuk mencari perjalanan yang lebih baik dan sama sekali tidak akan merampas kebahagiaan anak perempuannya itu sebaliknya hanya untuk mempertahankan hak dan maruah Ameena.

Kita lalui ini lebih kurang 5 tahun dan kita akan terus berjalan. Pegang tangan umi kuat-kuat sebab adakala umi akan tarik tangan awak kasar sebab umi tak mungkin akan lepas tangan Ameena walaupun macam mana sekali pun.

Sekadar info, Shakilla dan Fizi pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun bercerai pada tahun 2021. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Fizi kemudian bernikah kali kedua pada Oktober tahun lalu bersama wanita pilihan, Siti Zulaikha.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aniq
11 months ago

Wanita Dakwa Hamil Anak Pelakon Aniq Suhair Terima Wang RM60,000 Untuk Gugurkan Kandungan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...