“Adakah Saya Salah Pilih Agen Kad Perubatan Atau Peratus Komisen Kurang Untuk Agen Tersebut? “

Trending

“Adakah Saya Salah Pilih Agen Kad Perubatan Atau Peratus Komisen Kurang Untuk Agen Tersebut? “

Seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Hilmi Nawang menceritakan mengenai pengalamannya menguruskan kemasukan anaknya ke hospital berbayar menggunakan kad perubatan. Apa yang mengecewakannya ialah, agen yang mendaftarkannya dengan syarikat insurans tidak membantunya dari segi kemasukan anaknya ke hospital, dan akhirnya kad perubatan itu tidak dapat digunakan. Ikuti kisah Muhammad Hilmi:
agenprudential

Hari ini benar-benar menguji kekuatan mental dan kesabaran. Bawa anak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan selepas enam hari cirit-birit. Ambil darah dan masuk air, doktor kata perlu masuk wad untuk pantau Ika sebab dalam badan dah kurang air sangat-sangat.


Maka masuklah wad Kelas Tiga.

Oleh kerana kasihan pada Ika dari segi keselesaan, kisahnya bermula bila teringat yang Ika ni ada kad perubatan dari PRUDENTIAL. Ingat nak pindahkan ke panel mereka yang terdekat Hospital Colombia Danau Kota. Whatsapp ke agen beritahu anak masuk wad. Itu kali pertama nak guna kad perubatan yang dicanangkan sangat hebat tu.

Dalam kekalutan tu ada tunggu juga agen telefon balik, tetapi harapan tinggal harapan. Tak apalah minta isteri telefon agen itu tanya prosedur.

Dia cerita kena dapatkan surat rujukan dari doktor hospital dan panel akan buat laporan kepada PRUDENTIAL. Dapat surat barulah masuk.

Kemudian tinggal Ika di wad, terus bergegas untuk ambil adik dia balik sekolah. Bincang dengan isteri nak teruskan tinggal di HKL atau pindah ke panel PRUDENTIAL. Lebih kurang pukul 4 lebih, sekali lagi minta isteri telefon agen tersebut, tapi kali ini saya sendiri yang cakap dengan dia dan dia masih lagi dengan cerita yang sama: surat rujukan, prosedur. Sampai pukul 9.00 malam paling lambat.

Cepat-cepat naik ke wad, jumpa doktor minta surat rujukan untuk keluarkan Ika dari wad. Tak sampai lima minit doktor HKL dah siap surat dan tengah kemas barang Ika.

Teringat yang kad perubatan Ika tak bawa, jadi minta isteri telefon agen sekali lagi sama ada boleh tak guna kad pengenalan untuk admitted di sana. Baru lah agen tu nak telefon Colombia untuk tanya. Ika dah sampai bawah, isteri kata agen tu kata wad untuk kanak kanak kat Colombia dan KPJ (Tawakal) dah penuh. Tak ada cuba nak bantu dari segi pilihan yang lain. Aduhai, kesian anak aku. Keluar wad dari HKL dah tak tahu nak kemana dah, akhirnya bawa balik rumah. Tidur di rumah.

Persoalannya, kenapa awal-awal dulu agen siap boleh datang ke pejabat kutip borang dan bercerita A to Z dengan senyuman? Tapi bila dah sertai jangan kata nak telefon, nak balas Whatsapp pun susah. Saya minta proaktif sedikit, sebab ini pengalaman pertama dan bukan semua orang tahu bab prosedur syarikat insurans ni.

Bila bagi tahu anak masuk wad, kurangnya ambil berat dan telefon pelanggan, cadangkan pilihan yang boleh diambil, terangkan prosedur dan langkah-langkah dan sebagainya. Bukan lepas macam itu saja. Kalau saya redah nanti kena bayar sendiri pula.

Jadi, apakah tugas agen dalam membantu klien dia? Adakah saya salah pilih agen atau peratus komisen dari yang saya bayar tu dah kurang untuk agen tersebut? Atau saya ambil polisi yang murah untuk demand lebih-lebih dari agen itu? Atau saya tak sedar diri patutnya saya kena buat tu semua sendiri? Atau dan atau…

Saya tengok orang lain macam senang saja. Kenapa ek? Hm, baik saya tidur semula, esok cuti sakit lagi. Suara dah hilang dah.

Advertisement

Biasanya, agen memang akan mencari kita bila kita belum turut serta dalam program insurans mereka. Tetapi bila sudah sertai, dia jadi ‘kurang bersemangat’ kerana yang penting dia sudah ajak orang turut serta dan akan dapat komisen berterusan.

Ada kalanya, yang menjual insurans itu pula yang tidak ambil insurans. Itulah realiti yang tidak diketahui ramai.

Bukan semua agen begini, jadi pastikan anda memilih agen yang ikhlas dan berhati-hati.

Sumber: Muhammad Hilmi Nawangdisunting untuk diterbitkan di amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...