Baru-baru ini, perbincangan antara Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken yang didedahkan oleh laporan The Atlantic telah menjadi perdebatan hangat kerana ramai persoalkan pendirian Riyadh tentang konflik Israel dan Palestin.
Tak peduli dengan konflik Israel-Palestin?
Difahamkan dari Middle East Eyes, perbincangan yang berlaku pada Januari lalu menyatakan Putera Mahkota Arab Saudi secara peribadi tidak mempedulikan hal yang sedang berlaku di Palestin tetapi menyedari golongan muda Saudi semakin prihatin mengenai konflik itu.
Disebabkan perbincangan itu, kemungkinan Arab Saudi akan menormalisasikan hubungan dengan Israel akan terjadi, biarpun perang di Gaza masih berlaku hingga hari ini.
Menurut Mohammed bin Salman, beliau tidak mahu situasi tegang yang berlaku di Palestin menjejaskan perjanjian normalisasi.
Adakah saya peduli secara peribadi tentang isu Palestin? Tidak, tetapi rakyat saya peduli, jadi saya perlu memastikan ini bermakna.
Kenyataan tidak benar, pegawai Saudi bersuara
Namun begitu, seorang pegawai Saudi menyifatkan laporan tersebut ‘tidak benar’ dan memaklumkan Putera Mahkota secara terbuka telah memaklumkan tidak akan menormalisasikan hubungan dengan Israel tanpa penubuhan negara Palestin yang berdaulat di bawah ibu negara, Baitulmaqdis Timur.
Kerajaan tidak akan berhenti dalam usaha mereka untuk menubuhkan negara Palestin yang berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.