Fazura sekali lagi menjadi tohmahan sesetengah individu yang tidak beretika di dalam arena media sosial.
Dalam satu entri di Threads, Fazura memuat naik tangkapan skrin di mana pengguna itu meminta dia dan anaknya yang terlibat dalam isu ‘nenda’ memanggil anaknya, Fatima tak pandai dan tak comel sebelum ini supaya mengangkat sumpah.
Kata pengguna itu, kalau tak menipu pastinya Fazura tidak akan keberatan untuk mengangkat sumpah. Malah jelasnya, kenyataan ‘kanak-kanak tak pandai menipu’ itu tidak boleh dipercayai memandangkan kanak-kanak pada zaman ini banyak perangainya.
Fazura kemudian mempersoalkan pengguna itu dan mengatakan,
Saya tidak mengenali mahupun pernah menyentuh wanita ini. Namun, saya ingin bertanya pandangan pembaca jika benar cadangan HARUS BERANI angkat sumpah kerana “menipu” ini dianjurkan buat saya dan anak saya?
Di ruangan komen, para netizen ‘melondehkan’ identiti sebenar pengguna yang mengeluarkan kenyataan itu sebagai adik ipar kepada bekas biras Fazura suatu ketika dahulu. Malah pelakon wanita itu turut dilihat memberikan tanda ‘suka’ pada pendedahan itu, seolah-olah mengiakan tebakan netizen.
Sampuk Fazura yang kedengaran kesal,
Tidak pernah bersua mahupun mengenali. Di mana salah kami? Adakah saya ataupun anak saya yang belum pun berusia 5 tahun pernah menyondol suami beliau?
Dalam pada itu, pengguna yang terlibat berkenaan dilihat seperti memadam beberapa posting di akaun miliknya kini.