Adakah Pemberian Elaun Kritikal Untuk Penjawat Awam Sememangnya Tidak Lagi Relevan?

Kehidupan

Adakah Pemberian Elaun Kritikal Untuk Penjawat Awam Sememangnya Tidak Lagi Relevan?

Sebelum ini kecoh apabila Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) diumumkan akan dimansuhkan. Ramai penjawat awam yang meluahkan rasa kecewa terutamanya kakitangan di dalam bidang perubatan.

Kira-kira lapan jenis elaun penjawat awam akan dihapuskan bermula tahun hadapan seperti Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah, Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris, Bayaran Insentif Angkat Najis, Elaun Kritikal Doktor dan lain-lain.

Advertisement

Hanya untuk lantikan baru

elaun kritikal

 

Ramai yang keliru dengan maklumat yang disampaikan tentang pemansuhan elaun ini. Pemansuhan ini hanya akan berlaku untuk lantikan baru pada tahun hadapan. Manakala yang sedia ada tidak akan terjejas.

Kajian terbaharu dilaksanakan pada 2019 mendapati kesemua 33 skim perkhidmatan yang diperuntukkan dengan BIPK tidak lagi menepati kriteria pemberian asal BIPK iaitu skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal kerana tidak lagi memenuhi kriteria ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatan yang sukar dilakukan.

Tetapi ramai juga yang tidak bersetuju dengan pemansuhan ini kerana akan menjejaskan penjawat awam lantikan baru. Jumlah elaun perkhidmatan kritikal ialah RM750.00 sebulan yang mana adalah suatu jumlah yang agak banyak.

Elaun-elaun ini yang membuatkan perbezaan ketara antara gaji penjawat awam yang memiliki ijazah (gred 41 ke atas) dengan seorang doktor muda yang baru sahaja graduasi. Jika tiada elaun-elaun yang berkaitan, sebenarnya gaji permulaan seorang pegawai perubatan (doktor) di Malaysia tidak jauh berbeza dengan gaji mana-mana kakitangan bergelar pegawai di jabatan lain.

Elaun perkhidmatan kritikal

penjawat awam

Kredit: Astro Awani

Apakah elaun perkhidmatan kritikal? Ia adalah elaun yang diberikan kepada penjawat awam yang dikategorikan memberi perkhidmatan kritikal kepada kerajaan.

Perkhidmatan kritikal adalah perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh kerajaan, mempunyai ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatannya sukar dilakukan.

Jadi apabila kita lihat di sini, secara tersurat, hampir semua pekerjaan di Malaysia ini memang sudah tidak kritikal. Kerana jika pekerjaan itu terlampau pelik, barulah ia boleh diklasifikasikan sebagai kritikal. Jawatan seperti doktor sudah pasti secara tersurat tidak lagi kritikal kerana pengisian jawatannya tidak lagi sukar.

Tapi dari segi tersirat pula, adakah perkhidmatan ini sangat diperlukan oleh kerajaan. Jawapannya sudah tentu, kerana nisbah doktor kepada rakyat belum lagi dapat dicapai.

Bahkan ketika zaman semakin canggih, tuntutan dari pesakit dan keluarga amat tinggi, bebanan rawatan yang amat berat, pertambahan hospital, klinik kesihatan, klinik desa dan lain-lain infrastruktur kesihatan memerlukan ramai doktor / doktor gigi dan ahli farmasi untuk memberikan khidmat mereka.

Adakah jawatan ini sukar dilakukan? Bagi mereka yang hanya berjumpa doktor di klinik, mungkin bagi mereka, tugasan ini mudah untuk dilaksanakan. Cakap-cakap, bagi ubat, balik. Tapi hanya mereka yang berhari-hari duduk di dalam wad sahaja mengetahui betapa sibuknya kehidupan seorang doktor.

Bahkan mereka yang bertugas di klinik pun, saban hari berjumpa semakin banyak pesakit. Belum dikira mereka yang tidak mengikut pesanan, tidak makan ubat, panas baran, kuat maki dan caci, tempat orang lepas geram, cuti kurang dan macam-macam lagi.

Potong elaun menteri

Semalam, Menteri Belia Dan Sukan iaitu Syed Saddiq turut membantah pemansuhan elaun kritikal ini. Menurutnya, kajian sepatutnya dilakukan untuk elaun-elaun yang diberikan kepada menteri termasuk dirinya sendiri.

Tambahnya lagi, pemansuhan ini pastinya akan memberikan kesan kepada golongan baru yang akan dilantik bagi sektor kerajaan. Beliau juga mencadangkan pemotongan elaun ahli politik dan menteri dilakukan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...