Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha telah menerima kecaman warganet susulan memuat naik satu hantaran di Instagram dengan memaparkan dirinya memakai baju terdedah.
Difahamkan, hantaran tersebut merupakan momen ketika dirinya bercuti bersama-sama rakan selebriti yang lain iaitu Azira Shafinaz, Yaya Zahir dan Sophia Liana.
Dapat dilihat, Daiyan memakai baju tidak berlengan sehingga mendedahkan sebahagian tubuhnya.
Susulan memuat naik hantaran berpakaian seksi di platform media sosial, warganet kebanyakannya ‘sakit mata’ melihat cara pemakaian selebriti terbabit.
Tidak mendiamkan diri, Daiyan membalas teguran netizen itu dengan merasakan warganet tidak boleh menilai seseorang dengan cara pemakaiannya saja.