Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekali lagi mencuri perhatian apabila kisah hidupnya dipaparkan dalam buku teks sekolah di Filipina.
Perkara itu didedahkan menerusi ruangan komen di TikTok miliknya, apabila seorang individu dipercayai berasal dari Filipina bertanya soalan kepada penyanyi tersohor itu.
Menurut individu tersebut, namanya memang tercatat sebagai tokoh dalam buku teks yang dimilikinya.
“Saya ada buku teks itu dan memang ada satu halaman tentang Siti Nurhaliza,” tulis individu berkenaan.
Menariknya, Siti membalas komen itu dengan emoji berbentuk hati merah, sebagai tanda penghargaan.
@toktitiktok Afwa kat sebelah tengah minum botol susu.. ajak buat taknak , pastu cakap ‘bisinglaa ibu nie!’ ???
Tidak lama kemudian, seorang lagi pengguna turut mengepilkan halaman buku sekolah berkenaan sekali gus mengesahkan bahawa pencapaian Siti Nurhaliza benar-benar dipaparkan dalam bahan pembelajaran di Filipina.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen di Malaysia dan Filipina meluahkan rasa bangga serta teruja dengan pencapaian tersebut.
Malah, ramai menganggap ia sebagai satu bentuk penghargaan besar buat Siti Nurhaliza yang selama ini bukan sahaja menjadi ikon muzik di Malaysia, tetapi juga dikenali di peringkat antarabangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.