February 7th, 2012

Semua orang tahu yang Hafiz sudah pun berpisah dengan Adira. Kalau Adira sentiasa ada gosip tentang hubungan dengan pengkid selepas perpisahan tersebut, tidak pula kedengan cerita tentang Hafiz. Namun begitu, penggiat forum CARI yang menggunakan nama rindusangat telah berjaya menjumpai beberapa keping gambar Hafiz dengan seorang wanita. Adakah ini kekasih baru Hafiz?

awek baru hafiz

Comel kan mereka berdua? Abang Nara percaya pada konsep kalau nak ubati hati terluka, anda perlu bercinta dengan orang lain secepat mungkin. Itu sahaja cara untuk melupakan kekasih lama. Nampaknya Hafiz berkemungkinan turut mempercayai konsep tersebut. Apa pun kalau benar ini adalah kekasih baru Hafiz, tahniah Abang Nara ucapkan. Semoga berbahagia sehingga ke jinjang pelamin.

Lagi beberapa keping gambar Hafiz AF dengan seorang wanita yang berkemungkinan besar adalah kekasih barunya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

awek baru hafiz

awek baru hafiz

awek baru hafiz

awek baru hafiz

awek baru hafiz


64 responses to “Adakah Ini Kekasih Baru Hafiz AF? Bagai Pinang Dibelah Dua”

  1. siti jienah says:

    rasanya perempuan ni pernah berlakon dlm drama chinese di ntv7 yg lalu…

  2. lalla says:

    NAMA ZAHIRAH RADZI 27 TAHUN ..HAFIZ..NAMA PUN NAK RASIA BUKN DIVA PUN AWEK INI

  3. lalla says:

    Post Last Edit by Along_XX at 7-2-2012 23:23

    nak glamer sgt….meh aku tepek…..

    ——————————————————-

    Rabu Februari 8, 2012
    Hafiz (AF7) Tepis Dakwaan Telah Temui Pengganti Adira
    Oleh FERIDE HIKMET ATAK

    Hafiz
    PETALING JAYA: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menepis tuduhan gambar dia bersama seorang gadis yang tersebar di Internet adalah teman wanitanya.

    Hafiz berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini.

    “Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.

    “Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta,” selorohnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

    Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.

    Hafiz bersama seorang gadis yang dikatakan baru sahaja menjalinkan hubungan cinta dengannya. Foto Ohbulan.com
    “Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.

    “Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.

    “Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya,” ujarnya.

    Sementara itu, selain turut memperoleh vokal terbaik dalam AJL-26, Hafiz kini sibuk merakamkan lagu terbarunya berjudul Deklamasiku, ciptaan Kuncidemak dan Isduliza.

    Hafiz memberitahu, lagu yang berkonsepkan balada tersebut amat bermakna kerana lirik yang ditulis itu menceritakan tentang perjalanan kehidupannya dalam mencapai kejayaan sehingga ke hari ini.

    “Deklamasiku berkisar tentang kehidupan saya tentang keluarga, cinta dan karier. Saya harap para peminat dapat menerima lagu ini yang akan disiarkan tidak lama lagi.

    “Selain tiu, saya juga sedang mempelajari cara menulis lirik dengan baik daripada Isduliza,” tuturnya yang turut merancang untuk menyambung pelajarannya secara sambilan dalam masa terdekat ini.

    ——————————

    p/s makan dalam ni wei…..
    ~Tuhan tolong lembutkan hati dia…..untuk menerimaku seadanya…~
    Nak cari resipi masakan yang enak dan sedap?? sila tekan sini.

  4. lalla says:

    tu dia awek tu zahirah radzi nama ya 27 tahun..mungkin terbawa 2 lah..masa tu mungkin hafiz ada tekanan masalah dia dengan adira..peminat hafiz bermacam 2 nesehat..pikiran masa tu tak betul..lepas tu ada tawaran belakon langkah bendul ..baru berpisah dengan adira ..ehem 1,2,3 hari dah ada peganti huhuhuhu

  5. gegirl says:

    ni kan awek die dalam citer langkah bendul tu..yg amy mastura n fizz fairuz blakon gak tu..mungkin terbwk2 ke luar citer kot..

Loading...