Baru-baru ini tular di media social dan forum teknologi mengenai dua model terbaru iPhone yang sehingga kini masih diklasifikasikan sebagai iPhone X1 dan iPhone X1 Max
Yang paling ketara sekali dalam model terbaru ini adalah triple-kamera dan juga skrin yang bersaiz penuh berbanding dengan model iPhone XS yang sedang dijual di pasaran.
Secara keseluruhannya, rata-rata pengguna iPhone masih berpendapat bahawa jangka hayat bateri peranti ini masih tidak boleh dibandingkan dengan jenama-jenama lain seperti Huawei dan Samsung.
Ura-ura juga mengatakan bahawa kedua-dua model ini menawarkan pengesanan Face ID menggunakan pencahayaan inframerah dan projector dot untuk mengesan wajah pemilik dalam bentuk 3D. Diharpkan bahawa ura-ura ini menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Rasa-rasanya mungkin pada Q4 2019, Apple bakal memperkenalkan model terbaru mereka? Sama-sama kita nantikan.