Adakah Ini Benar-Benar Kereta Terbang Pertama Malaysia?

Automotif

Adakah Ini Benar-Benar Kereta Terbang Pertama Malaysia?

Wawasan 2020 merupakan ilham Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Pada waktu itu ramai mengatakan kewujudan kereta terbang yang mampu dicapai pada masa akan datang. Ini didorong oleh kepesatan teknologi pada tahun tersebut dan kehebatan kereta Nasional pertama Malaysia, Proton yang menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Advertisement

Proton rancang kereta terbang pertama

Proton

Proton pernah merancang untuk mengeluarkan kereta terbang pertama di Malaysia pada 2019. Dalam rancangan itu, Proton akan melancarkan tiga varian kereta terbang iaitu varian pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang secara berperingkat menjelang tahun 2019.

Prototaip kereta terbang pertama

prototaip kereta terbangMenteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof telah memperkenalkan prototaip kereta terbang pertama kepada semua rakyat Malaysia.

Baca ini: Malaysia bakal perkenal prototaip pertama

Datok

Kereta terbang pertama Malaysia ini akan dipacu oleh teknologi tempatan kerana Malaysia dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang aeroangkasa, dron, UAV, dan kereta nasional.

Kepakaran ini dibangunkan untuk sektor pengakutan dan pertanian bertujuan untuk memacu sektor ladang serta pihak keselamatan boleh menjaga sempadan negara.

Prototaip kereta terbang ini dijangka akan diperkenalkan kepada umum tahun ini dan projek tersebut dijangkakan menelan kos perlaburan sekitar RM1 juta.

Kereta terbang pertama sudah siap 85% 

kereta terbang pertama siap 85%

Pada Ogos lalu, pembinaan kereta terbang pertama Malaysia sudah 85% siap dibina. Prototaip kereta terbang ini dibina oleh sebuah syarikat Malaysia di Jepun.

Baca ini: Kereta terbang pertama Malaysia siap 85%

Ujian pemanduan Khamis ini

Pada Khamis ini Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof akan melakukan ujian memandu dan menaiki kereta terbang pertama Malaysia.

Namun rekaannya telah tertiris ke media sosial memaparkan sebuah kenderaan dengan kapasiti dua tempat duduk itu berwarna putih dan mempunyai lapan bilah kipas.

Dron Ehang yang dijenamakan semula

Kenderaan yang diberi nama Super Dron ini dibangunkan oleh syarikat EastCap Bhd. EastCap Bhd dengan kerjasama strategik EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited bagi membawa kereta terbang ini ke pasaran Malaysia.

Ia adalah kerjasama strategik bagi memasar, menjalankan operasi dan menyelenggara super dron itu di negara ini dalam jangka panjang.

Struktur Super Dron itu juga tidak sama dengan kereta terbang yang sebelum ini didakwa dibangunkan menggunakan kepakaran tempatan.

Super Dron dilihat mengekalkan konfigurasi 16 pasang kipas untuk memberikan kemampuan terbang serta mendarat secara menegak. Ia juga boleh membawa dua penumpang sahaja pada satu-satu masa.

Diharapkan dalam masa terdekat kereta terbang 100% buatan dan rekaan tempatan akan menjadi kenyataan.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...