Adakah Harga Sebungkus Tuala Wanita Terlampau Mahal? Isu Kemiskinan Haid Jadi Perhatian

Branded

Adakah Harga Sebungkus Tuala Wanita Terlampau Mahal? Isu Kemiskinan Haid Jadi Perhatian

Rancak sungguh isu kemiskinan haid dibincangkan di media sosial baru-baru ini. Rupanya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang masih tidak cakna tentang isu ini sehingga menimbulkan perdebatan.

Malah lebih mengejutkan pendedahan tentang isu wanita yang lebih rela hamil daripada perlu membeli tuala wanita dan pelajar yang kurang berkemampuan terpaksa ponteng sekolah setiap kali datang bulan. Kenapa isu ini terjadi? Di mana silap kita?

Apa itu kemiskinan haid?

Kemiskinan haid (MOF)

Kemiskinan haid ialah ketiadaan atau akses yang terhad dan terbatas kepada produk sanitari seperti tuala wanita, tampon, menstrual cup dan sebagainya.

Memetik satu sumber, pakar sosiologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Sh Fatimah Alzahrah Syed Hussien, ada empat elemen asas yang perlu ditangani dalam menyelesaikan isu kemiskinan haid, iaitu akses kepada produk sanitari, ilmu dan didikan tentang haid, akses kepada infrastruktur sanitari, dan privasi untuk menukar tuala wanita.

Petikan kosmo

Kredit: Kosmo

Oleh kerana stigma datang bulan yang dianggap ‘kotor’ masyarakat, isu ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka dan dianggap remeh.

Namun pendedahan demi pendedahan, mula membuka mata ramai pihak dan baru-baru ini semasa pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM10 juta yang menyasarkan pemberian kit asas kebersihan diri seperti tuala wanita kepada 130,000 remaja perempuan secara percuma setiap bulan.

Ini merupakan langkah yang baik kerana banyak negara di seluruh seperti Britain, Scotland dan New Zealand mempunyai peruntukkan yang dikhususkan untuk menangani masalah kemiskinan haid ini.

Walaupun ramai yang beranggapan tuala wanita ini tidak membebankan dengan purata harga RM5 sebungkus. Namun, bagi yang berada dalam golongan berpendapatan rendah B40, mereka lebih rela mengikat perut daripada membelanjakan wang untuk membeli sebungkus tuala wanita.

Masyarakat Malaysia sambut baik usaha kerajaan

Rakyat Malaysia (MOF)

Rata-rata masyarakat Malaysia terutamanya kaum wanita ternyata menyambut baik usaha yang dilakukan kerajaan yang ambil peduli tentang permasalahan ini. Usaha yang baik. Tetapi perlu ada pelaksanaan yang teliti dan terperinci, bukan setakat bajet sahaja- Nazihah Hadznin

Bagi saya ini usaha yang bagus kerana kerajaan mendengar suara rakyat, ramai sebenarnya masih tak tau tentang masalah ni. Malah ada yang buat ia sebagai jenaka dan bagi saya ia tak sepatutnya terjadi- Ashikin Zulkafli

Inisiatif Pembangunan Wanita bukti kerajaan tidak berat sebelah

 

Melalui perincian yang dibentangkan dalam Bajet 2022, inisiatif Pembangunan Wanita merupakan agenda kerajaan bagi memperkasakan golongan wanita dalam masyarakat.

Selain pemberian kit kebersihan diri, terdapat beberapa perkara di bawah inisiatif ini seperti:

Woman on Board – Mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam berkuatkuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar (large capped) dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.

Peruntukkan RM5 juta bagi pemerkasaan peranan wanita melalui program kepimpinan muda dan keusahawanan wanita oleh Yayasan Kepimpinan Wanita.

Melahirkan lebih ramai usahawan wanita melalui pembiayaan melalui BSN, Agrobank, Program DANANITA (MARA) dan TEKUNITA (TEKUN) yang bernilai RM230 juta.

Kemudahan taska di bangunan kerajaan terutamanya di hospital dan universiti awam dengan peruntukkan RM30 juta.

Kerajaan dalam pada itu turut menggalakkan pengaturan kerja fleksibel dan kemudahan taska di pejabat serta pelanjutan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.

Menyentuh aspek keselamatan wanita pula, kerajaaan akan memperkasakan Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui peruntukan RM13 juta dan RM10 juta untuk Skuad WAJA.

Selain itu, RM4.5 juta diperuntuk untuk Penambahan Pusat Sokongan Sosial Setempat bagi melindungi mangsa keganasan rumah tangga dan RM10 juta untuk Penambahan Rumah Perlindungan Khas Wanita.

Bagi menjaga kesihatan wanita, melalui Program Pencegahan Kesihatan Wanita kerajaan memperuntukkan RM11.5 juta untuk subsidi ujian mammogram dan ujian saringan kanser serviks.

Banyak juga peruntukkan kerajaan untuk kaum wanita kali ini. Kalau anda nak tau lebih lanjut mengenai bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan dan cara untuk memohonnya, anda boleh klik di SINI

Semoga peruntukkan ini dapat membantu membangunkan Keluarga Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...