Adakah Gelombang Ke-2 Perhimpunan Tabligh Sudah Mula Menyebar Dengan Pantas?

COVID-19

Adakah Gelombang Ke-2 Perhimpunan Tabligh Sudah Mula Menyebar Dengan Pantas?

Adakah generasi ke-2 daripada Perhimpunan tabligh sudah bermula marak atau menyebar dengan pantas? Walaupun sudah sampai generasi ke-7 tetapi saya melihat generasi ke-2 ini yang mungkin sedang menyebar dengan pantas.

Kita tiada perkataan lain melainkan terpaksa menggunakan “perhimpunan tabligh”. Tapi kita sama sekali tidak menyalahkan mereka kerana tanyalah lebih 10 ribu setiap mereka, pasti jawapannya mereka juga tidak mahu.

Advertisement

“Jangan sesekali menyalahkan mereka.”

Generasi-generasi baru ini akan membentuk kluster baru dan jika tidak dijaga, ia akan terus merebak dengan luas dan pantas. Alhamdulillah, usaha saringan kini telah dilakukan terhadap close contact di kawasan adanya kes.

Peratus perbezaan jumlah normalisasi berasaskan populasi semakin mendekati Korea Selatan iaitu 37% berbanding semalam 40%. Ia kurang baik kerana kita masih belum lagi mencapai tahap datar iaitu “flatten the curve”.

graph covid-19

Graph ke-4 sangat penting di mana kita ingin melihat kadar sembuh lebih tinggi daripada kadar kematian. Kita ingin graph ini mencapah di mana kadar sembuh meningkat dan kadar kematian menurun kepada nilai sifar.

Paling kita takuti ketika graph ini bersilang di mana % kematian melebihi % sembuh seperti negara Itali.

Peningkatan kes setiap negeri juga meningkat berbanding semalam untuk 8 buah negeri. Kuala Lumpur merupakan negeri yang paling tinggi kenaikan.

graf covid-19

graf covid-19

Sangat membimbangkan ketika kluster selain tabligh meningkat. Apakah ini menggambar generasi ke-2 iaitu “close contact” dengan kes tabligh mulai menyebar. Kita benar-benar perlu menjalani MCO dengan lebih serius untuk memutuskan rantaian ini.

Kesan MCO yang kita jalani minggu lepas akan dapat dilihat hasilnya hujung minggu ini. Sama-sama berdoa agar kes di Malaysia semakin mendatar. Adakah kenaikan ini benar akan mengikut ramalan polynomial 2nd order? Kita tunggu sehingga hujung minggu ini.

Artikel ini telah disumbangkan sepenuhnya oleh saudara Fuad Latip melalui perkongsiannya di Facebook milik beliau.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...