“Adakah Dia Isteri? Kamu Tak Tunduk Pandangan, Kamu Berjalan Di Sisinya, Duduk Bersebelahan” – Individu Tegur Ebit Lew

Hiburan

“Adakah Dia Isteri? Kamu Tak Tunduk Pandangan, Kamu Berjalan Di Sisinya, Duduk Bersebelahan” – Individu Tegur Ebit Lew

Sedang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini tentang pendakwah bebas Ebit Lew dan wanita yang dibantunya baru-baru ini, Mondy dari Indonesia.

Pada awalnya, ramai memuji Ebit Lew kerana membantu Mondy yang dikatakan berstatus ibu tunggal pada usia 21 tahun.

Advertisement

Bagaimanapun, semakin ramai individu yang menyedari dan menegur Ebit Lew kerana menggunakan wanita untuk content dan kepentingan sendiri.

2 years ago

"Acah Tidur Atas Kotak, Berubah Pakaian" - Rupanya 'Influencer' Berduit, Netizen Kritik Ebit Lew & Mondy Tunggang Agama

Apatah lagi mereka mendapat tahu Mondy sebenarnya merupakan pempengaruh di negara asalnya itu dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Lahh berlakon je ke?

Seorang individu tampil menegur Ebit Lew yang dikatakan tidak menjaga ikhtilat dengan wanita lain sedangkan dia mempunyai isteri dan membawa imej orang alim.

Adakah dia isteri kamu, Ebit? Kamu layan dia seperti dia itu isteri kamu. Kamu tidak tundukkan pandangan, kamu buka pintu kereta untuknya. Kamu berjalan disisinya. Kamu duduk dekat bersebelahan ketika live TikTok.”

mondy ebit

Kata individu itu, apa yang dilakukan oleh Ebit serba serbi tidak betul namun masih ramai yang tetap taksub dan menyebelahi pendakwah berkenaan.

Dia turut meluahkan rasa kecewa dan marah kerana Ebit mencalarkan imej Islam sehingga ia nampak ‘murah’ dan boleh lakukan apa sahaja konten menggunakan agama.

Dia tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar tetapi hanya membawa imej Islam (sahaja).”

 

Tambahnya, orang yang benar kuat agama dan beriman sudah tentu akan menjaga batas, menundukkan pandangannya dan tidak mudah bercakap mesra dengan wanita.

Dalam pada itu, individu ini juga berharap agar ‘peminat’ Ebit Lew tidak menutup kesalahan yang terang-terangan boleh dilihat atau bersangka baik kepada perkara yang jelas mungkar.

Dia juga sempat menasihati mereka yang taksub dengan Ebit Lew untuk mendoakan agar idola mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...