Baru-baru ini Izzue Islam mengeluarkan satu kenyataan hangat dimana punca beliau keluar daripada kumpulan Forteen adalah kerana dirinya dipulaukan selain tiada lagi persefahaman.
Namun, menurut vokalis utamanya iaitu One, beliau sudah pun meminta maaf kepada Izzue sendiri dan ingin berbincang mengenai kemelut yang dihadapi. Bagaimanapun, Izzue sedikit pun tidak memberikan peluang untuk ahli kumpulan itu menjelaskan apa yang berlaku.
Perkara ini boleh dibawa berbincang. Saya siap cakap dengan nada yang lembut dan meminta maaf, tetapi dia memberi isyarat tangan tanda menolak. Sedih? Sudah kering air mata saya. Selalunya kalau timbul sesuatu isu, kami akan beri ruang seketika, seterusnya berbincang. Tetapi, kali ini lain pula jadinya.
Advertisement
Bagi saya, semua ini berpunca daripada ego dan saya sudah memohon maaf. Terfikir juga, adakah dengan melutut baru dia akan maafkan kami?
One juga sebenarnya sudah berusaha untuk memujuk Izzue memikir semula keputusannya untuk menarik diri tetapi tidak diendahkan.
Terdahulu, Forteen mendedahkan mereka tidak pernah bertindak memulaukan Izzue seperti yang didakwa. Hanya timbul sedikit salah faham kecil mengenai pemilihan lagu pada saat-saat akhir.

liz
November 23, 2018 at 9:02 am
Anonymous
says:
November 22, 2018 at 1:44 pm
Ko je tak ingt lagu dorang. Aku ingt je lagu dorang. Agaknya rumors pasal bini Izzue tu kontrol betul kot.
adoiiiii….nak cari idea membawang la ni.. kalua terpanjang isu ni…makin Panjang la dosa ko.
Joyah Pok Pek
November 22, 2018 at 9:07 pm
Izzue ajk bincng bertiga bukan sowg2..dh yg dtg One sowg je lg 2 tu x dtg jmpa pn. Dia kn da ckp kena jmpa semua..settle all at once..
Boleh tgk vid bawah ni ?
Izzue : https://youtu.be/G6jWbYjVUH8
Forteen: https://youtu.be/3H7X5pBu3DY