Hari Raya Aidiladha bakal tiba tidak lama lagi. Apabila bercerita tentang Aidiladha, pasti kita akan teringat kisah nabi Ibrahim dan anaknya, nabi Ismail. Ibadah korban yang kita lakukan saban tahun adalah diambil daripada kisah “penyembelihan” Ibrahim dan Ismail. Kisah ini disebutkan Allah di dalam Surah As-Soffat ayat 102-107 yang bermaksud :-
“Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai
ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.(102)Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah s.w.t. itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami). (103) Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!”(104) “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.(106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107)â€
Nabi Ismail seperti yang kita ketahui adalah anak yang ditunggu-tunggu oleh Nabi Ibrahim setelah sekian lama berkahwin tanpa sebarang zuriat. Bayangkan betapa hebat dan besarnya CINTA nabi Ibrahim kepada Allah sehingga beliau sanggup untuk meyembelih anak kesayangan beliau semata-mata untuk metaati perintah Allah. Cuba anda letak diri anda di tempat Nabi Ibrahim? Adakah anda sanggup melakukan seperti baginda? Kita hari ini hanya perlu mengorbankan wang ringgit dan sedikit tenaga kita sahaja untuk melaksanakan Ibadah Qurban. Itu pun kita merasa sangat berat untuk buat. Malah ibadah korban tersangatlah mudah dan murah untuk dilakukan dengan kehadiran Zabeeh Services Sdn Bhd.
Abang Nara dah banyak kali cerita kelebihan melakukan ibadah korban di www.zabeeh.com.my. Berpengalaman selama 7 tahun menguruskan ibadah korban dan akikah di luar negara, Insya Allah ibadah korban yang dilakukan menerusi syarikat ini terjamin, lebih-lebih lagi dengan adanya sijil. Kali ini Abang Nara nak cerita apa pula kelebihan melakukan korban. Mungkin bila kita tahu keistimewaan melakukan ibadah korban, pintu hati ini akan terbuka untuk melakukannya tahun ini. Sambil-sambil itu Abang Nara selitkan beberapa gambar ibadah korban yang telah dilakukan oleh Zabeeh di negara-negara umat Islam yang kurang bernasib baik. Antara kelebihan melakukan ibadah korban ialah:-
1. Ganjaran pahala dan penghapus dosa. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi s.a.w.Â
Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada meyembelih haiwan Qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang beserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban ituâ€.
Sabda Nabi s.a.w kepada anaknya Fatimah r.a.: “ Bedirilah berdekatan dengan binatang qurbanmu. Perhatikanlah ia deisembelih kerana sesungguhnya daripada titisan darahnya yang pertama telah diampunkan dosa-dosamu yang terdahulu.
2. Ukuran ketaqwaan.
Ibadah Qurban sangat menguji ketaqwaan dan keikhlasan pelaksananya kerana kita terpaksa mengorbankan wang ringgit kita untuk sesuatu yang bukan dapat pada kita sepenuhnya. Kalaulah kita membeli lembu atau kambing bukan untuk Qurban, maka semuanya akan jadi hak kita. Akan tetapi ianya berbeza dengan Ibadah Qurban. Allah berfirman dalan Surah Al-Haj ayat 37 yang bermaksud:-
“ Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nyaâ€
3.Berkongsi kegembiraan dengan nikmat yang kita ada bersama orang lain.
Jika kita perasan, kebanyakan agama ada makanan yang di sembahkan kepada tuhan mereka, dan kesemua makanan tersebut manusia tidak dibenarkan untuk memakannya. Berbeza dengan agama Islam. Binatang Qurban adalah umpama sembahan kita kepada Allah, akan tetapi daging Qurban tersebut boleh dikongsi bersama orang lain tidak kira golongan mereka kaya atau miskin.
4.Jalan keluar pada masalah.
Salah satu jalan untuk keluar dari segala kesulitan hidup ialah dengan melaksanakan Ibadah Qurban. Ini kerana sekiranya kita melaksanakan sesuatu yang Allah sangat suka dan cinta, maka Allah akan memandang kita di antara banyak-banyak umat manusia yang lain. Sekiranya Allah sudah memandang kita, in sha Allah segala hajat dan permohonan kita akan dimakbulkan oleh Nya.
Abang Nara paling tertarik dengan kelebihan keempat iaitu jalan keluar pada masalah. Memang banyak cerita kejadian sebenar yang telah Abang Nara dengar. Lepas je melakukan ibadah korban, rezeki makin dimurahkan, masalah selesai, hidup makin tenang dan banyak lagi. Jadi Insya Allah tahun ini sama-sama kita melakukan ibadah korban dan merebut ganjaran pahala yang ditawarkan olehNya. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my dan juga Facebook Zabeeh Qurban & Akikah Online.