Sabtu lepas, kasut edisi khas legenda papan selaju negara, Pa’din Musa habis dijual selepas beberapa jam dilancarkan di semua outlet Vans seluruh Malaysia.
Bagi yang tidak mengenali skater Malaysia ini, beliau merupakan orang Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan dan mempunyai model signature colorway dikeluarkan syarikat kasut Amerika Syarikat, Vans.
Pa’din dianggap seorang legenda kerana beliau merupakan orang Malaysia pertama yang memenangi emas di 2 kejohanan X Games Asia pada tahun 2000 di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur bagi kategori Dewasa.
Sumber: http://www.astroawani.com