Pada tahun 2029 sebuah asteroid yang berbahaya akan lalu dekat dengan bumi. Manusia akan menanti saat ini dengan perasaan berdebar kerana hanya pada masa itu kita akan tahu dengan jelas sama ada ‘pembunuh angkasa’ ini akan menghentam bumi pada tahun 2036.
Berapa bahaya sebenarnya Apophis ini?
Ia besar dan berpotensi sangat bahaya, besarnya lebih kurang saiz sebuah pesawat dan dinamakan asteroid Apophis, ia sedang meluncur ke bumi dengan kelajuan 30 ribu km/j. Saiznya lebih kurang 320 meter dan jisimnya lebih kurang 4.6 x 1010 kg.
Pada tahun 2029, asteroid ini akan lalu dekat dengan bumi, namun tarikan graviti bumi akan menyebabkan orbitnya menyisih. Hasil dari tarikan graviti bumi ini, Apophis dikatakan akan berada di angkasa selama tujuh tahun lagi, sebelum menghentam bumi pada tahun 2036.
Sekiranya ini terjadi, kerosakan besar akan berlaku, manakala mangsa yang terbunuh pula dijangka akan mencecah jutaan. Ia akan menghasilkan bola besi dan iridium sebesar 320 meter dan beratnya pula mencecah 200 bilion tan, yang kemudiannya akan jatuh ke laut Atlantik, menurut perkiraan. Gelombang yang terhasil dari hentaman tersebut akan menyebabkan Tsunami besar, memunahkan pesisir pantai dan kawasan darat, dan menghasilkan habuk tebal yang akan menyelaputi awan dan menghalang matahari dari sampai ke bumi.
Menurut Dr. Donald Yeoman dari Program Objek Berdekatan Bumi NASA, Apophis tidak akan menghentam bumi pada tahun 2036.
Bagaimanapun,
jika objek itu melalui sebuah ‘lubang kunci’ bersaiz 600 meter pada tahun 2029—satu lokasi di angkasa yang luasnya hanya 600 meter—ia pasti akan menghentam bumi pada tahun 2036. Namun kebarangkalian untuk itu berlaku amat rendah.
Saintis Rusia membuat pengiraan mereka sendiri dan telah mencadangkan sebuah mesin yang direka khas untuk menyisihkan terus Apophis dari menghentam bumi pada tahun 2036. Bagaimanapun Profesor Leonid Sokolov dari Universiti Saint Petersburg State di Rusia mempercayai yang asteroid tersebut akan pecah menjadi serpihan lebih kecil dan pertembungan serpihan ini dengan Bumi pada skala yang lebih kecil akan berlaku pula pada tahun selepas 2036.
Bagaimanapun dia menambah,
Tugas kita ialah untuk mempertimbangkan alternatif-alternatif lain dan membangunkan senario dan perancangan tindakan bergantung kepada pemerhatian lanjut terhadap Apophis (pada 2029).
Oleh itu, salah satu alternatif ialah dengan menghantar satu objek ‘pelayar suria’ seberat 10 kg pada tahun 2028 yang boleh mengeluarkan Apophis dari laluan ‘lubang kunci’ pada tahun 2029 untuk mengelakkan ia dari menghentam bumi pada tahun 2036, menurut seorang saintis China dari Universiti Tsinghua, Beijing iaitu Shengping Gong.
Untuk informasi anda, sekitar Mei lepas, angkasawan pertama Britain, Major Tim Peake mendedahkan yang NASA sedang dalam persediaan untuk mendarat di asteroid dan ‘berkhemah’ di sana selama setahun. Ramai yang mengaitkan pendedahan itu dengan ancaman asteroid Apophis.
Namun hanya pada tahun 2029 semua ini dapat dipastikan. Cuma tidak pasti sama ada masa tujuh tahun itu cukup untuk satu tindakan untuk menyelamatkan bumi akan dilakukan.
Berapa banyak masa lagi yang kita ada?
Artikel diolah dari sini.