Adakah Aplikasi FaceApp Selamat Digunakan?

Teknologi

Adakah Aplikasi FaceApp Selamat Digunakan?

Minggu ini sahaja halaman media sosial anda pasti dipenuhi dengan wajah-wajah orang tua dari kawan-kawan anda yang mencuba aplikasi FaceApp.

Ini bermakna aplikasi FaceApp telah digunakan sehingga tular dalam kalangan pengguna media sosial sejak kebelakangan ini.

Apa anda perlu tahu tentang aplikasi ini?

FaceApp telah menjadi trend sejak tahun 2017 lagi. Tetapi trend ini muncul kembali dengan #AgeChallenge di media sosial. Dimana, dalam media sosial di seluruh dunia jelas kelihatan banyak gambar yang dimasukkan bersama Hastag ini.

Advertisement

Kebanyakkan dari kita seronok menggunakan aplikasi ini yang kelihatan unik kerana algoritma AI mampu mengubah wajah seseorang menjadi tua daripada usia sebenar mereka.

Tetapi, ramai diantara kita tidak mengetahui bahayanya aplikasi ini. Yang kita semua tahu bermain untuk suka-suka demi mengikut trend.

Gambar dimasukkan tanpa kebenaran

Satu Tweet di internet telah menyebabkan ramai orang panik pada minggu ini, apabila seorang pengguna Twitter telah memberi amaran bahawa aplikasi ini telah mengambil gambar anda dan memuatnaiknya di dalam pelayan tanpa kebenaran pengguna.

Gambar anda disimpan dalam data aplikasi 

Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh pengguna aplikasi FaceApp adalah iOS telah membenarkan penetapan walaupun pengguna tidak mengizinkan ia akses terhadap koleksi gambar. Ini telah dilaporkan bahawa mereka masih boleh memasukkan gambar walaupun tanpa mengakses foto mereka.

Menjual data pengguna kepada pihak ketiga

Data pengguna FaceApp telah disalahgunakan. Pada bahagian terma dan syarat yang diberikan oleh Wireless Lab iaitu anda semua bersetuju bahawa data anda bukan milik sesiapa dan boleh digunakan.

Dimana aplikasi ini berpangkalan?

Ia berpangkalan di Amerika Syarikat bukannya Rusia. Aplikasi FaceApp berpangkalan di pusat data Amazon, Amerika Syarikat.

Aplikasi ini menggunakan data orang ketiga dan berpangkalan di Amerika dan Australia.

Wireless Lab adalah syarikat yang membuat aplikasi ini telah memberi respon tentang isu yang dibangkitkan pada minggu ini dalam satu kenyataan.

Mereka mengatakan bahawa:

  • Aplikasi FaceApp tidak mengambil gambar di simpanan. Kami hanya mengambil gambar yang dimasukkan oleh pengguna untuk ‘editing’. Kami tidak pernah memindahkan sebarang imej lain dari telefon anda ke dalam aplikasi.
  • Kami menyimpan gambar anda yang dimasukkan ke dalam simpanan kami bertujuan agar pengguna tidak memasukkan gambar mereka berulang kali untuk di ‘edit’. Kesemua gambar yang dimasukkan akan dibuang dari server dalam masa 48 jam tarikh dimasukkan.
  • Mereka tiada data pengguna kerana aplikasi ini tidak memerlukan mereka untuk daftar masuk.
  • Kami tidak menjual data pengguna kepada pihak ketiga.
  • Kami tidak memasukkan gambar yang tidak dipilih oleh anda.

 

Jadi apa pendapat anda tentang aplikasi FaceApp yang menjadi ikutan ramai sekarang ini?

 

Sumber: TechCrunch

 

.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...