Kecoh mengenai video Aliff Aziz mengamuk, bertengkar mulut sambil beraksi tidak senonoh. Ramai juga yang mengecam tindakan penyanyi itu yang sehingga hari ini masih tidak berubah.
Terbaru, bekas isterinya Bella Astillah mencuri perhatian ramai apabila memuat naik luahan hati menerusi akaun Twitternya.
Mungkin Bella sedang memikirkan masa depannya apabila meluahkan perasaan mengenai kebahagiaan. Tertanya-tanya adakah dirinya akan mengecap kebahagiaan dalam hidup.
“Adakah aku akan merasakan kebahagiaan?”
Respon netizen
Rata-rata mendoakan kesejahteraan Bella dan berharap agar wanita itu menemui kebahagiaan.
Tidak perlu kembali pada Aliff
Dalam pada itu, ada segelintir netizen menasihatkan Bella supaya ‘move on’ dan tidak lagi meneruskan apa-apa perhubungan dengan bekas suaminya itu. Berhenti menyiksa dirinya.
Terdahulu, Bella menerusi Insta Story di Instagram, berkongsi foto dia merangkul tangan seorang lelaki dipercayai Aliff yang berada di tempat duduk pemandu. Lebih menguatkan lagi spekulasi, Aliff turut memuat naik foto di dalam kereta yang menampakkan Bella berada di belakangnya. Ia seakan memberikan gambaran bahawa mereka sudah kembali bersama.