Pempengaruh kesihatan yang dikenali ramai iaitu Dr Say tampil memperjelaskan penyakit herpes yang dihadapi oleh usahawan dessert sensasi, baru-baru ini.
Dr Say tampil perjelaskan penyakit herpes
Dalam hantaran video yang dimuat naik di Facebooknya, Dr Say atau nama sebenarnya, Muhammad Shazril Shaharuddin berkata virus herpes dibahagikan kepada dua kategori iaitu Herpes Simplex Type-1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Type-2 (HSV-2).
HSV-1 biasa berlaku kat mulut dan HSV-2 biasanya kat kemaluan tapi kedua-duanya boleh bertukar tempat. Melalui ciuman, seks oral atau berkongsi barang peribadi seperti lip balm, shaver, tuala sebab inilah barang peribadi, keep it sebagai peribadi.
Katanya lagi, seseorang berisiko tinggi untuk kembali dijangkiti herpes di tempat yang sama kerana tidak dapat mengawal stres, penat yang kerap, imuniti jatuh, hormon kerap berubah dan banyak lagi.
Tegur usahawan dessert, jangan aibkan suami dan isteri
Dalam pada itu, pempengaruh kesihatan ini sempat menasihati usahawan dessert yang baru-baru ini, mencetuskan kontroversi kerana mengeluarkan kenyataan terkena virus herpes kerana ‘telur suaminya yang masam’.
Tegurnya, suami dan isteri perlu saling menjaga aib satu sama lain serta tidak perlu dihebohkan kepada umum, lagi-lagi di platform media sosial.
Dalam dunia digital ini adab dan ilmu kena seiring, jangan sebarkan penyakit dengan mulut dan jangan sebarkan aib dengan jari.