Pelawak Ali Puteh khabarnya sedang rancak berniaga makanan iaitu Sambal Petai Terangkat dan Sambal Jering Berlado terpadu di media sosial.
Gara-gara kurang menerima tawaran dalam bidang seni, Ali mengambil keputusan untuk mengusahakan perniagaan itu kerana pernah membuat katering bersama Allahyarham Abam dan ibunya.
Mungkin ada yang tak tahu, kami dulu meniaga kedai makan dan ada perniagaan katering jadi memasak bukanlah sesuatu yang baru buat saya.
Setakat ini sambutan orang ramai menggalakkan dan saya sendiri tidak sangka mereka memberi maklum balas positif. Alhamdulillah.
Ujarnya lagi, masakan keluarannya itu dimasak sendiri dan setiap proses dipaparkan secara ‘live’ di atas talian.
@aliputeh89 Padu!!!!!!!
Pengeluaran setakat ini terhad sebanyak 100 kotak sahaja setiap kali dikeluarkan, kerana yang penting bagi saya adalah kesegaran produk ini.
Harga juga mampu milik kerana saya mahu seorang orang dapat makan sambal petai dan jering berlado saya.
Kata Ali, dia tidak menafikan bahawa masih ada yang mengecam dan mengutuk namuk memilih untuk tidak mempedulikannya.
“Saya mencari rezeki halal untuk keluarga. Buat apa nak malu, bab kata-kata negatif, yang mengejek atau menghina satu, saya doakan semoga yang baik-baik sahaja” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.