December 6th, 2018

Pernah memberitahu beliau tidak akan pernah berhenti mengingatkan anak-anak tentang bapa mereka, pelakon Rita Rudaini menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang tidak senang hati dan ‘panas’ sekiranya beliau berbaik semula dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan demi anak-anak mereka.

Malah, pihak tersebut didakwa cuba melakukan pelbagai perkara untuk melaga-lagakan mereka berdua sehingga anak-anak tidak dapat merasa belaian dan kasih sayang seorang bapa.

Bagaimanapun, Rita tidak akan putus asa untuk mendekatkan silaturahim antara Aidil dan anak-anak mereka.

Entah kenapa ada yang ‘panas’ apabila saya kongsi pasal ayah kepada anak-anak. Itu darah daging dan mereka patut kenal serta tahu siapa ayah mereka. Dari dulu saya tak pernah memburuk-burukkan Aidil depan anak-anak. Saya cuma tak kongsi sebab waktu itu, anak-anak terlalu kecil selain menyangka Aidil akan mencari anaknya.

Cubalah bersihkan hati dan jangan melaga-lagakan kami. Ramai lagi pasangan yang ditakdirkan berpisah. Namun masih rapat, jenguk dan ambil tahu pasal darah daging mereka.

Menjawab pertanyaan daripada peminat menerusi IG Live isterinya baru-baru ini, Aidil memberitahu beliau bersedia menemui dua orang anaknya itu pada bila-bila masa. Kita doakan yang baik-baik sahaja dan semoga pertemuan itu akan terjadi.

Sumber Berita : BH ONLINE


67 responses to “Ada Yang Tidak Senang Duduk Dan ‘Goyang’ Kalau Saya Berbaik Dengan Aidil – Rita Rudaini”

  1. Anonymous says:

    hakikatnya Rita x smp skrng mcm x boleh terima hakikat yg dia kena cerai bkn semata2 Aidil ada perempuan lain.. Aidil mmg silap timing sbb cari perempuan lain masa masih berbini.. tp Rita kena sedar diri jugak kenapa Aidil cari lain.. kalau msa berkrisis Rita sabar lebih lagi.. jaga tutur kata tak hambur ikut sedap mulut terutamanya pada mak ayah Aidil, korang rasa Aidil nak ceraikan ke Rita? biasa la kalau ada ujian yg hebat dlm rumahtangga.. sabar x sabar je la.. kalau takat mulut ckp sabar tp kt ig bukan main berjemaah dgn pengikut mengata family mertua tu bkn nama sabar.. aku ingat lagi penah dlm Kosmo arwah bapak Aidil
    kata depa terima Rita tp dan2 lepastu Rita keluar statement cerita sebaliknya.. yg cerita kt paper buat apa? walaupun kalau org tua tu ckp yg x benar pun hg la kena bijak sikit Rita oiii.. tak rugi beralah dgn mertua.. hg nk tunjuk kelaku keras pala dgn ego hg yg konon2 hg la paling jujur dlm berkata2 hg mmg bodo la.. ambik la
    merasa title janda lepastu meroyan bertahun2 tak berkesudahan..

  2. 333 says:

    NETIZEN SIBUK LAGIIIIIIII.NETIZEN SIBUK NAK KOMEN HAL ORANG

  3. Aidul says:

    Kesian…bila kes begini terjadi,semua salah pompuan, jgn mdh menghukum andai kita taktau kisah dlm hidup dia yg sebetulnya…biasalh pompuan yg kena cerai n ditinggalkn akn sgt kecewa n apapun boleh keluar dpd mulut dia, yg nmpk si aidil yg patut berani menangani kemelut ini, aidil mcm takde telur…pengecut…

  4. anon says:

    apapun dlm hal ini aidil patut cari jln utk jmpe ank2..tp mmg perasan pun jemah sgt insecure..pegi kemana pun nak ikut..mungkin 2 org prmpuan ni kena rendahkan ego untuk berbaik..n to u @baizura5 bini aqasha yg kena simpan dlm rumah dsbbkan muka tak siap kau tu..jgn jd batu api..

    • Anon says:

      Aidil x matang. Aku bukan fan jejai tapi aku puji dia boleh berbaik dgn fasha. At one time diorang pun gaduh teruk kat media sosial. Fasha pun ada kutuk2 mak & family jejai. Kalau pun rita x bagi anak2 jumpa mak & adik tiri, pegi la jugak jumpa juga supaya anak2 tahu mereka masih punya bapak. Bila anak2 dah besar, rita x boleh kontrol lagi mana diorang pergi.

    • Anonymous says:

      i setuju pasal baizura bini aqasha, org lain punya cerita dia lebih2, minta gadis2 pe la ngorat aqasha tu, bini asyik membawang sibuk hal orang je. mana sempat jaga laki, duk sibuk dgn hal orang. sedar la sikit, laki ko tu dah la sendu. wakakakak.

    • mentimun says:

      aku folo ig bini aqasha .. x nmpk pun dia dok membawang kt ig.. yg aku nmpk dia kwn dgn zarema dan depa berkomunikasi sesama depa x kait dgn rita pun. follower rita yg batu neraka x pepasal panas punggung dok api2 kan rita kt ig rita lalu pakat membawang berjemaah mengumpat menganjing baizura dgn zarema .. si rita ni pulak mmg jenis mudah meroyan so hari2 dok meroyan ingt ada org goyang sgt dgn dia.. paranoid tak tentu hala ? x psl2 ramai pi serang ig baizura lpstu baru bini si kasyah tu berbunyi kt insta story.. sekian

    • nyampahbtul says:

      Betul tu….npak si Rita je lebih2….klaw kat ig dia mesti nak up nama Z****…entah knapa asyik dok sebut je…rasa insecure lah tu kan …
      Palinggggg x tahan tu bila kes BFF dia si Izreen Azmida ngan Ude W…..sebokkkk dok up dia dgan si Intan Saleh…pandai betol up cite kan nak sensasi kan diri sendiri …Puiiiii……

  5. Anonymous says:

    lawanya rita….

Loading...