Menerusi Instagram, Abby Abadi meluahkan harapannya agar isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania yang disuarakan sebelum ini, dapat menemui jalan penyelesaian.
Kata Abby, meskipun minggu ini dilaluinya dengan keletihan dengan kerja dan persediaan konsert, namun anak keduanya itu sentiasa bermain di fikirannya.
Bukan itu sahaja, ahli kumpulan Elite tersebut juga mendedahkan dia telah diarahkan untuk berdiam namun akui tidak gentar dengan gertakan itu.
Ada orang tu kata suruh saya diam. Kalau saya tak diam, dia yang akan diamkan. Okay, try me. Sembang bukan main lagi walhal satu benda pun tak boleh nak selesaikan. Mari la kalau berani.
Pelakon berusia 47 tahun itu juga turut berkongsi tangkap layar beberapa mesej diterimanya daripada pengikut yang memberi pendapat tentang hal berkenaan.
Mesej-mesej tersebut dilihat mempersoal kemampuan seorang suami yang berpoligami untuk bersikap adil terhadap isteri-isterinya. Seorang individu berkata,
Ada yang berpoligami dan mampu melengkapi dalam suka dan duka. Itu poligami yang betul. Mampu yang sebenar.
View this post on Instagram