Tindakan segelintir netizen yang menganggap penyanyi lagu Roman Cinta, Aweera sudah meninggal dunia menyebabkan penyanyi itu terkilan dan kecewa.
Meskipun begitu, Aweera hanya ingin memaafkan mereka yang tidak sensitif mengenai soal hidup dan mati. Tambahnya, dia sememangnya kecewa dengan tindakan segelintir netizen yang menganggap dan seperti mendoakannya supaya meninggal dunia.
View this post on Instagram
“Bila orang sedekahkan al-fatihah, itu adalah benda yang baik. Tapi apabila menyebut agar roh tenang dan sebagainya, itu tidak sepatutnya terjadi kerana perkara berkaitan ajal dan maut bukanlah perkara main-main.”
Mengulas dengan lebih lanjut, Aweera memberitahu ada juga rakan-rakan artis lain yang pernah dikhabarkan dengan khabar angin sedemikian, bukanlah dia seorang sahaja.
Memilih untuk hanya memaafkan insan-insan tersebut, Aweera turut mendokan mereka agar diberi hidayah dan dipermudahkan urusan.
Sumber: Harian Metro