“Ada Yang Saya Berkenan, Tapi Dia Tak Minat..” – Adam AF Akui Tak Trauma Untuk Berkahwin Lagi

Hiburan

“Ada Yang Saya Berkenan, Tapi Dia Tak Minat..” – Adam AF Akui Tak Trauma Untuk Berkahwin Lagi

Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua iaitu Adam mengakui tiada istilah trauma mahupun serik untuk berkahwin lagi dan kini masih sedang mencari seorang wanita yang boleh menemani sepanjang hayatnya.

8 years ago

Fiza Halim Tuntut Bekas Suami Adam AF Jelaskan Bayaran Mutaah Dan Hutang Kad Kredit

Advertisement

Adam yang kini dikenali sebagai Pengiran Adam berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT ketika mengulas tentang hal jodoh setelah bergelar duda sejak tahun 2016.

Saya sendiri tidak mempunyai jawapan untuk persoalan itu. Ada yang saya berkenan namun dia tidak minat saya pula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pg Adam (@pg_adam)

Tambahnya lagi ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, dia masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, Fiza Halim.

Saya masih berhubung dengan bekas isteri. Cuma ketika dia berkahwin itu, kami berhenti berkomunikasi kerana tidak manis memandangkan dia sudah menjadi isteri orang.

Adam AF

Sekadar info, Adam berkahwin dengan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 39, pada September 2013 dan bercerai pada April 2014. Namun rujuk pada tahun yang sama. Kemudiannya, bercerai semula pada tahun 2015.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...