“Ada Yang Nak Sokong Tak?” – Aliff Syukri Kemuka Manifesto Sekiranya Bergelar Perdana Menteri

Trending

“Ada Yang Nak Sokong Tak?” – Aliff Syukri Kemuka Manifesto Sekiranya Bergelar Perdana Menteri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini menjawab persoalan warganet tentang perkara yang akan dilakukan jika dirinya bergelar sebagai seorang Perdana Menteri.

Menerusi hantaran video di TikTok, Aliff menerangkan segala pembaharuan yang akan dilakukan jika mendapat peluang menyandang jawatan tersebut.

Advertisement

Menurut Aliff, sekiranya dia bergelar sebagai Perdana Menteri, dia mahu membuang segala cukai yang banyak dan mengehadkan negara ini kepada satu cukai sahaja.

Yang pertama sekali, kalau saya jadi Perdana Menteri saya akan buang semua cukai-cukai yang terlalu banyak. Cukuplah hanya satu cukai sahaja.”

Aliff juga memberitahu bahawa dia mahu membela nasib usahawan dan ibu tunggal dan ingin menjadikan industri pelancongan bertaraf antarabangsa supaya dapat menarik minat pelancong luar untuk datang ke Malaysia.

Nombor dua, saya akan pastikan semua usahawan dibela dan menyokong penuh dunia hiburan yang penting tidak menghisap dadah, tak minum arak dan menyekat tempat maksiat dan perjudian seperti Casino.

 

Saya juga akan membela nasib ibu tunggal, terutamanya pada mereka yang tiada pekerjaan.

 

Saya juga ingin menjadikan industri pelancongan bertaraf internasional supaya menarik lebih lagi pelancong luar untuk datang.

@aliffsyukriterlajaklaris

Replying to @???? boleh ke sy jadi perdana menteri??

? original sound – Terlajaklaris – Terlajaklaris

Bercerita lebih lanjut, Aliff berkata dirinya akan membantu usahawan tempatan supaya lebih maju dan mengelakkan rasuah jika dia menjadi seorang Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Aliff turut menyatakan hasrat ingin bertanding dalam Pilihan Raya akan datang jika mendapat sokongan ramai.

Untuk info, Malaysia baru sahaja melepasi fasa Pilihan Raya Umum ke-15 dan jawatan Perdana Menteri ke-10 masih lagi belum ditentukan.

1 year ago

"Cedok Lawak Orang Lain" - Aeril Zafrel Dituduh Perasan Kelakar Lepas 'Upload' Video Zahid Hamidi 'Berundur'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...