Belum pun membuka pintu secara rasmi, restoran pertama Khairul Aming, Rembayung, sudah pun menjadi bualan hangat netizen.
Menerusi satu hantaran di Threads, Khairul atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata beliau memahami segala keresahan dan persoalan yang ditimbulkan ramai mengenai projek restorannya itu.


Pempengaruh popular yang dikenali melalui siri 30 Hari 30 Resipi itu menegaskan bahawa dia sangat menghargai setiap maklum balas diterima, namun merayu agar orang ramai memberinya peluang untuk membuktikan kemampuan dalam menguruskan perniagaan tersebut.
Saya amat hargai semua maklum balas tersebut, namun saya mohon untuk bagi ruang saya cuba berniaga dahulu. Ini percubaan saya untuk kembangkan F&B tempatan secara offline. Saya faham investment besar dan risiko tinggi, tetapi tolong benarkan saya mencuba dahulu.”
Hantaran itu disambut hangat di ruangan komen apabila rata-rata netizen tampil memberikan sokongan dan dorongan buat Khairul Aming.
Jangan risau, kami ada dengan awak.
Abaikan mereka dan terbang tinggi. Kami sokong.
KA tak perlu jelaskan pada mereka. Jadi diri sendiri dan teruskan sahaja.
Terdahulu, Khairul mengejutkan ramai selepas mengumumkan pembukaan restoran pertamanya, Rembayung, yang dijangka mula beroperasi Januari tahun depan.
Menurut perkongsian di Instagram, projek tersebut adalah pelaburan terbesar beliau setakat ini dengan kos mencecah RM4 juta, dibina di atas tanah kosong di Kampung Baru.
Restoran itu menjadi simbol fasa baharu perjalanan Khairul Aming dalam dunia perniagaan daripada kejayaan dalam talian, kini melangkah ke dunia offline dengan penuh keyakinan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
