Sebelum ini, nama aktor baru, Aniq Suhair pernah dikaitkan dengan kontroversi menghamilkan seorang wanita sehingga ia menjadi tular dan bualan netizen di media sosial.
Watak ustaz ‘bersihkan’ nama Aniq
Namun, lakonan Aniq dalam drama Cinta Bersemi di Wadi Safiyyah seolah-olah ‘melenyapkan’ kontroversi tersebut dan membersihkan nama pelakon itu daripada tuduhan berkenaan.
Malah, menurut Aniq, ada yang mula memanggilnya dengan gelaran ‘Ustaz Iqbal’ dan dia berasa terharu kerana lakonannya meninggalkan impak dalam hati peminat.
Sejujurnya rasa terharu dan gembira sebab drama ini beri impak besar terhadap karier sebagai pelakon sehingga mula ada peminat dari Indonesia, Thailand, Brunei dan banyak lagi.
Saya tak nafikan apabila ke mana-man sekarang sudah ada yang tegur dan panggil saya sebagai Ustaz Iqbal. Memang terharu sebab nama watak diingati walaupun hakikatnya mereka tahu saya bukan seorang ustaz pun.
Tak tolak watak alim
Dalam pada itu, Aniq berkata dia tidak akan menolak jika diberi peluang lagi untuk melakonkan watak sebegitu kerana ia mampu memberi impak positif kepada para penonton.
Sekadar info, drama Cinta Bersemi di Wadi Saffiyah telah tamat bersiaran pada minggu lalu dan ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Rita Nadira, Zamarul Hisyam, Aidit Noh, Lydiawati dan Zulkifli Ismail.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.