Ada Yang Melamar Ketika ‘Live’ TikTok, Ini Respon Nur Fazura – “Tak Habis Idah Lagi Nak Kahwin Macam Mana..”

Hiburan

Ada Yang Melamar Ketika ‘Live’ TikTok, Ini Respon Nur Fazura – “Tak Habis Idah Lagi Nak Kahwin Macam Mana..”

Pelakon dan juga penyanyi, Nur Fazura kembali mencuri tumpuan netizen terutamanya peminat apabila dia tampil membuat siaran langsung di TikTok bersama anak perempuannya, Fatima Aisya.

Dalam sesi ‘live’ itu, Fazura dilihat ramah melayan peminat dan menjawab soalan mereka di ruangan komen.

Advertisement

Namun, apa yang paling mencuri tumpuan adalah apabila ada peminat yang bergurau dan melamar Fazura untuk berkahwin.

Fazura kemudian memberi respon berseloroh terhadap ‘lamaran’ pemina titu.

Allahu, idah tak habis lagi nak kahwin macam mana.

Sementara itu, Fazura turut ditanyakan mengenai kes saman yang dituntut Fazura terhadap beberapa orang individu sebelum ini.

Ramai sebenarnya dan kita dah kenalpasti ramai. Tapi tindakan tu tetap, ada yang keterlaluan sangat. Itu semua kita serahkan kepada polis dan Allah.

Fazura juga memohon doa orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Fatima.

Saya tahu ramai peminat yang geram dan sebagainya, saya harap semua bersabar. Saya tahu ramai yang sayangkan saya, tapi bersabar okay. Kita serahkan semuanya kepada Allah dan kita tak perlu buat apa-apa.

Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Emma maembong tiada masa fikir gelaran janda hot
1 month ago

"Saya Tiada Masa Nak Fikir Tentang Label 'Janda Hot' Atau Tidak" - Emma Maembong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...